(Video) Balasan segera! Pencuri terjatuh dan kakinya patah ketika dia melarikan diri selepas mencuri bungkusan daripada pintu depan rumah

Pencuri ini telah dihukum kerana kejahatannya semasa dia tengah melakukan pencurian.


Rakaman keselamatan rumah menunjukkan seorang wanita cuba mencuri beberapa bungkusan yang berada di hadapan pintu rumah di Snohomish County, Washington.


Kelihatan seorang lelaki penghantaran UPS meletakkan tiga bungkusan di pintu hadapan rumah sebelum memandu pergi.


Pencuri yang licik itu mengintai peluang untuk mencuri bungkusan-bungkusan yang dilihat tanpa pengawasan di hadapan pintu.


Rakaman menunjukkan seorang wanita yang mencuri bungkusan di hadapan pintu rumah, tetapi dia tergelincir lalu terjatuh dan menyebabkan kakinya patah semasa melarikan diri bersama bungkusan-bungkusan itu.


Semasa dia berlari mahu kembali ke keretanya bersama bungkusan-bungkusan itu, dia tergelincir dan menyebabkan kakinya patah.


Rakannya yang melihat wanita itu terjatuh, datang menyelamatkannya dengan mengangkat wanita itu kembali ke kereta. Rakannya turut kembali untuk membawa lari bungkusan-bungkusan tersebut .


Lizeth Ababneh berjaya merakamkan vieo itu melalui CCTV rumahnya. Dia berkata video itu lucu, tetapi bungkusan-bungkusan tersebut mempunyai ubat suaminya.


Pejabat Snohomish County Sheriff telah membuka penyiasatan ke atas pencurian itu.


Pencuri itu juga dilaporkan pernah melanggar rumah semasa mencuri sebelum ini.


Tonton rakaman itu di bawah:


Sumber : Era Baru


No comments