(Video)Lelaki ini cuba mendapatkan ganjaran paling unik daripada mesin pencengkam walaupun ‘ganjaran’ tersebut sedang lena dibuai mimpi

Permainan arked seperti mesin cakar (claw machine) adalah permainan yang menyeronokkan walaupun wujud kontroversi mengenai kejujuran permainan tersebut.


Biasanya, kita perlu menggerakkan alat pencengkam untuk mengambil hadiah seperti anak patung dan sebagainya di dalam kotak permainan ini.


Akan tetapi perkara sebaliknya yang mengejutkan telah berlaku di Dubai apabila ‘ganjaran’ yang ditawarkan di dalam kotak permainan tersebut merupakan seekor kucing yang sedang nyenyak tidur!


Kucing comel berbulu jingga dan putih ini kelihatan sangat selesa tidur di atas lambakan anak patung yang lembut dan gebu. Sedang lena dibuai mimpi, seorang lelaki cuba untuk mengejutkan kucing ini sebanyak tiga kali.


Namun, menghampakan! Kucing berkenaan langsung tidak tergugat dengan gangguan tersebut malah terus terbaring semula untuk menyambung tidur.


Bagaimana kucing ini boleh meloloskan diri ke dalam alat permainan ini?


Harap-harap setelah puas tidur nanti, dia boleh keluar dengan mudah. Atau mungkin, kucing ini tidak mahu meninggalkan bilik tidur baharunya itu. Kalau anda muat untuk masuk ke dalam permainan ini, pasti anda juga tidak mahu meninggalkannya.


Sumber: Viral Nova


No comments