14 Cara Untuk Membuang Kesan Calar Pada Sebarang Permukaan
Satu kesilapan sahaja boleh meninggalkan kesan calar selamanya pada barangan kesayangan anda. Tindakan membuang barangan tersebut bukanlah tindakan yang wajar. Anda boleh membuang kesan calar dengan menggunakan barangan yang boleh dijumpai di rumah.
Tips berguna ini boleh digunakan untuk sebarang permukaan yang calar, dan dapat menjadikannya seperti baharu.
Permukaan Kaca
Untuk membuang atau meminimakan penampakan kesan calar pada permukaan cermin telefon anda, gunakan langkah berikut;
1. Letakkan sedikit ubat gigi (tanpa kesan pemutih) pada kain putih atau tisu, kemudian gosokkan pada permukaan dengan bulatan selama 10 saat. Hilangkan kesan ubat gigi yang tertinggal dengan air.
2. Kenakan sedikit minyak sayuran pada kain microfiber atau kain kapas dan gosok perlahan-lahan. Tindakan ini dapat membantu membuang kesan calar secara sementara. Kesan yang sama dapat dicapai dengan penggunaan Vaseline.
3. Hasilkan sendiri paste pencuci dengan mencampurkan serbuk penaik biasa dengan air. Letakkan pada permukaan kaca dan lapkan kawasan calar tersebut dengan kain. Buang secara perlahan-lahan paste tersebut dengan kain lembap.
4. Penggilap cermin hadapan kereta juga sangat efektif dalam membuang kesan calar pada permukaan kaca. Ikut sahaja arahan, dan pastikan bahan kimia yang digunakan bersesuaian dengan jenis permukaan yang dikenakan.
Barangan Kulit
Kesan calar pada permukaan barangan kulit sering terjadi. Jika kerosakannya tidak begitu serius, anda boleh baiki sendiri di rumah.
1. Ambil sedikit minyak sayur atau minyak bayi, dan sapukan pada permukaan dengan kain kapas. Gosok minyak tersebut dengan keadaan memutar, kemudian biarkan sehingga ia kering. Lapkan kesan minyak yang tinggal dengan kain bersih. Jika perlu, ulang proses sama.
2. Penggilat kuku juga boleh digunakan. Pilih warna penggilat yang bersesuaian dengan warna kulit barangan tersebut, sapukan dengan menggunakan pencungkil gigi seterusnya.
3. Kesan calar juga boleh dihilangkan dengan wax. Panaskan wax, dan letakkan pada permukaan calar. Sapu kawasan yang calar dengan kain flannel, kemudian sapukan wax dengan mewarnakannya dengan marker atau pencuci kasut yang sama warna dengan barang kulit tersebut.
Permukaan Kayu
Untuk menghilangkan kesan calar pada permukaan kayu, ikut langkah berikut.
1. Gunakan iodin. Cairkannya dengan air, kemudian letak dan sapukan dengan kutip kapas. Jika perlu, gunakan varnis untuk hasil yang lebih berkesan.
2. Pilihan lain termasuklah dengan mengambil biji kacang walnut dan sapukan pada permukaan yang rosak. Bila kesan calar semakin menghilang, sapukan dengan kain, dan sapukan dengan varnish tidak berwarna.
3. Jika permukaan kayu merekah, ianya boleh dipulihkan kembali kepada bentuk asal dengan mayonis. Letakkan mayonis pada kutip kapas, sapukan pada kawasan yang merekah, dan lebihan dibuang, dan tinggalkan selama 2 hingga 3 hari. Kayu akan sedikit membengkak yang akan membuatkan kesan rekah tertutup.
Permukaan Plastik
Di sini terdapat beberapa trik yang dapat membantu menghilangkan kesan calar pada permukaan plastik.
1. Gunakan pengering rambut atau pistol pemanas. Setkan pada kuasa yang minima, kemudian halakan udara panas tersebut pada permukaan yang bercalar. Jika perlu, naikkan suhu sedikit demi sedikit, dan anda akan dapat melihat hasilnya. Tunggu 10 hingga 15 minit sebelum menyapu kesan calar tersebut, dan hasilnya ternyata terpapar.
2. Pembersih kereta juga berkesan untuk memulihkan barangan plastik. Pastikan kawasan yang rosak tiada habuk atau segala kotoran, dan kemudian letakkan cecair pembersih tersebut. Kemudian sapukan permukaan dengan kain linen lembut.
Permukaan Besi
Memandangkan terdapat banyak jenis permukaan bagi besi, tindakan berlainan diperlukan untuk proses membaikpulih. Untuk menghilangkan kesan calar pada barang kemas, lebih baik sekiranya menggunakan khidmat profesional. Bagi barangan besi tahan karat pula, permukaannya dapat dibaiki dengan barangan di rumah sahaja.
1. Kesan calar pada permukaan besi tahan karat dapat dihilangkan dengan blok kuku penampan.
2. Cara yang lain, anda boleh gunakan ubat gigi dengan kesan pemutih. Sapukan sedikit kawasan calar dengan berus bulu lembut atau kain. Lapkan ubat gigi yang tinggal dengan kain basah dan hasil dapat dilihat sendiri.
Sambil bereksperimen dengan tips yang diberi, setkan pada minda bahawa tindakan ini tidak dapat menghilangkan kesan calar yang dalam. Dalam kes tertentu, lebih baik berjumpa dengan pakar atau gantikan sahaja barangan yang rosak tersebut.
Sumber - Era Baru
Post a Comment