(Video) Hotel di Jepun perkenalkan selipar ‘parking’ sendiri yang dicipta oleh syarikat automabil terkenal Nissan

Baru-baru ini sebuah hotel di Jepun telah memperkenalkan satu lagi teknologi yang pasti akan buatkan anda ternganga iaitu selipar susun sendiri. Ya, selipar di hotel itu dikatakan dilengkapi dengan beberapa alat teknologi yang membolehkan ianya bergerak dan menyusun ‘diri sendiri’ dengan hanya menekan satu butang.


Projek ini merupakan kerjasama antara syarikat automobil terkenal Jepun, Nissan dengan penginapan ProPilot Park Ryokan.


Selipar ini dilengkapi dengan dua roda kecil, motor dan sensor. Teknologi yang digunakan untuk selipar adalah sama seperti yang ada dalam versi terbaru kereta Nissan yang dilengkapi dengan sensor berteknologi tinggi dan kamera yang membolehkan kereta diparking secara automatik tanpa menggunakan tenaga pemandu.


Tetamu akan disambut oleh selipar automatik ini di pintu masuk.


Jadi bagaimanakah ProPilot berfungsi?


“Ia menggunakan empat kamera resolusi tinggi yang mampu pemprosesan imej dan 12 sensor sonar diletakkan di sekitar kenderaan untuk menilai persekitaran kenderaan.”


“Pemacu untuk mengaktifkan teknologi boleh dilakukan dengan menekan butang. Butang mesti ditekan sepanjang masa (jika tidak kenderaan akan berhenti), tidak seperti Tesla Model S. yang berkonsep hands-free. Pemandu juga boleh menekan brek jika perlu.”


Selipar susun sendiri ini dikatakan dapat mengurangkan beban kakitangan di hotel di samping mempromosikan kenderaan Nissan.


Selipar ini sudah boleh digunakan oleh tetamu sekitar Mac ini.


Teknologi ini juga dipasang ke dalam meja rendah tradisional dan kusyen lantai supaya mereka dapat menyusun ‘diri’ mereka ke tempat yang sepatutnya.


“Selipar dicipta bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai teknologi pandu sendiri/automatik,” kata Nick Maxfield, jurucakap Nissan.


Nissan juga telah merancang untuk mengeluarkan kereta pandu sendiri menjelang tahun 2020.


Tonton video di bawah, saksikan bagaimana selipar diparking:


Sumber : Era Baru


No comments