Ibu Terkejut Lihat Bayi Yang Baru Dilahirkannya Mempunyai Warna Rambut Seperti Orang Tua

Menjadi impian setiap ibu agar anak yang bakal dilahirkan sentiasa dalam keadaan sihat. Tapi kalau bayi itu comel dan berkulit putih, sudah tentu lagi seronok dan tidak sabar untuk melihat mereka membesar.


Namun, seorang bayi yang dilahirkan telah mendapat gelaran ‘bayi malaikat’ oleh netizen kerana mempunyai rambut putih keemasan yang luar biasa.


Devina Smith, bayi dari Mississippi, selatan Amerika Syarikat telah menjadi tular di laman sosial dan menarik perhatian netizen kerana menyerupai watak Putri Daenerys Targaryen dalam drama fantasi popular dari Amerika, Game of Thrones.


Menurut ibunya, Jessica Smith, dia tidak menyangka anak perempuannya akan mempunyai rambut berwarna putih dan berbeza dari bayi yang lain.


Namun, doktor memberitahu bahawa warna rambut Devina itu merupakan penyakit albinisme parsial ataupun albino disebabkan kehilangan pigmen pada rambut, mata dan kulit.


Sumber : Taikotai.tv


No comments