Honda Jazz Ini Dilanggar Ferrari, Namun Pemiliknya Yang Sedang Marah Itu Tidak Jadi Mengamuk Setelah Melihat Pemandu Ferarri Itu

Kebiasaannya, setiap kali apabila berlakunya kemalangan, pastinya akan tercetusnya pergaduhan sama ada kecil ataupun besar.


Namun berbeza dengan lelaki ini setelah kenderaan Honda Jazz berwarna putih yang dipandunya itu itu telah dilanggar daripada bahagian belakang oleh sebuah Ferrari berwarna merah.


Meskipun pada mulanya, lelaki itu berasa seperti mahu mengamuk apabila pemandu Ferrari merah itu tidak mahu keluar daripada kenderaannya walaupun sudah berkali-kali diminta supaya berbuat demikian.


Menurut sumber, sewaktu kejadian, lelaki itu sedang memandu dengan tenang di Xunliao Bay di Guangdong, China sebelum kenderaannya itu dilanggar daripada bahagian belakang oleh Ferrari merah tersebut.


Berang dengan kejadian tersebut, lelaki itu kemudiannya telah keluar daripada kenderaannya dan meminta pemandu Ferrari tersebut untuk keluar bersama bagi menyelesaikan masalah itu.


Walau bagaimanapun, pemandu Ferrari yang sedang ketakutan itu enggan berbuat demikian dan tidak mahu keluar sebaliknya memanggil pihak polis supaya tiba ke lokasi kejadian bagi mengelakan sebarang kejadian tidak diingini daripada belaku.


Setibanya pihak polis di lokasi kejadian, lelaki itu kemudiannya telah pergi mengadu kepada anggota polis itu tentang situasi yang sedang dialaminya. Pihak polis kemudiannya telah meminta pemandu Ferrari tersebut untuk keluar daripada kenderaannya.


Setelah berkali-kali diminta untuk keluar daripada kenderaannya, pemandu Ferrari tersebut akhirnya akur dan keluar daripada kenderaannya.


Pemandu Honda Jazz yang berang sebentar tadi tiba-tiba terus menjadi tenang dan rasional. Mungkin kerana berasa serba-salah apabila mendapati pemandu Ferrari tersebut merupakan seorang wanita, ataupun mungkin terpegun melihat kejelitaan pemandu wanita itu.


Sumber : Taikotai.tv


2 comments: