Hamil anak ayah

POLIS menahan seorang lelaki dan anak perempuannya di Carolina Utara kerana melakukan sumbang mahram sehingga wanita itu melahirkan bayi lelaki.


Steven Walter Pladl, 42, dan anaknya itu, Katie Rose Pladl, 20, ditahan minggu lalu, di rumah mereka di Knightdale selepas bekas isterinya membuat laporan polis dia menghamilkan anaknya sendiri.


Menurut polis, Katie diserahkan kepada agensi kebajikan untuk dijadikan anak angkat selepas dilahirkan dan apabila berusia 18 tahun, dia berusaha mencari ibu bapanya menggunakan media sosial.


Daily Mail melaporkan, pada Ogos 2016, Katie berjaya menemui Steven dan isterinya sebagai ibu bapa kandungnya dan tinggal bersama mereka di Richmond, Virginia.


Namun, tiga bulan kemudian Steven dan isterinya berpisah. Wanita itu memberitahu polis, dia keluar dari rumah kerana Steven tidur di atas lantai dalam bilik Katie.


Menurut wanita itu, dia mengetahui anak perempuannya itu hamil dengan Steven sebagai lelaki bertanggungjawab pada Mei 2017 selepas membaca jurnal seorang lagi anaknya.


Menurut polis, Steven juga mengarahkan dua adik Katie menganggap Katie ibu tiri.


Isteri Steven menghubungi suaminya dan lelaki itu mengakui menyebabkan Katie hamil dan mereka merancang untuk berkahwin, malah Julai lalu, Katie menyiarkan gambar di Instagram menyatakan dia dan Steven sudah berkahwin.


Ketika mereka ditahan di Daerah Wake, Carolina Utara, polis menemui seorang bayi lelaki bersama pasangan itu yang didapati dilahirkan pada September 2017.


Sumber : Agensi


No comments