Apple AirPod lelaki ini berasap dan meletup semasa sedang digunakan

Seorang lelaki di Florida mendakwa salah satu daripada AirPodnya berasap ketika dia sedang mendengar muzik.


Menurut The Sun, Jason Colon menggunakan AirPodnya di gym dan dia menyedari bahawa terdapat asap yang keluar daripada AirPod sebelah kanan.


Dia segera menanggalkan AirPod yang berasap itu dan berlari untuk mendapatkan bantuan. Apabila dia kembali, AirPodnya itu sudah meletup dan menunjukkan tanda-tanda terbakar.


Menurut News Channel 8, Jason terkejut apabila dia kembali untuk melihat keadaan AirPodnya.


Jason bersyukur kerana dia mengeluarkan AirPod daripada telinganya tepat pada waktunya


“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada telinga saya … jika saya tidak menanggalkan AirPod itu daripada telinga saya, telinga saya mungkin akan terbakar,” katanya.


Jason masih tidak pasti apa yang berlaku kepada AirPodnya, tetapi dia mahu memberi amaran kepada orang lain mengenainya. Walau bagaimanapun, 9to5Mac melaporkan bahawa Jason mengesyaki ia mungkin disebabkan oleh masalah bateri.


“Hanya kerana ia berlaku kepada saya tidak bermakna ia tidak akan berlaku lagi,” katanya.


Berdasarkan tuntutan Jason, seorang jurucakap Apple mengumumkan bahawa syarikat itu sedang menyiasat perkara itu dan akan menghubungi Jason untuk membantu siasatan.


Adakah insiden ini akan menghalang anda daripada membeli Apple AirPods?


Sumber: The Sun/News Channel


No comments