(Video) Kuda ini terlalu sayang pada tuannya sehingga membuatkannya melakukan sesuatu yang mengejutkan!

Manusia mempunyai 1001 cara yang boleh digunakan untuk menyatakan rasa sayang dan kasih kepada seseorang. Sama ada membawa seseorang menonton wayang, bercuti bersama atau menghantar mesej sudah cukup untuk menunjukkan rasa penghargaan dan cinta kepada individu berkenaan.


Tetapi bagaimana pula jika kita mahu menyatakan rasa sayang kita kepada haiwan? Berkomunikasi dalam bahasa yang berlainan pastinya akan menyulitkan situasi ini.


Namun, jangan khuatir. Perasaan cinta dan penghormatan itu adalah satu perasaan yang sangat kuat! Ianya tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata mahupun dibuktikan dengan kebendaan.


Phoenix merupakan seekor kuda yang berusia tiga tahun. Pada suatu hari, Phoenix kelihatan seperti mahu menyatakan sesuatu kepada pemiliknya dengan cara yang amat menyentuh hati!


Pada mulanya, kuda berwarna hitam berkilat ini cuba mendekati pemiliknya. Phoenix dilihat menggesel-gesel pada tuannya sehingga membuatkan tuannya hampir rebah. Situasi tersebut masih belum difahami oleh tuannya.


Setelah berkali-kali digesel, akhirnya tuan kepada Phoenix mengerti apakah yang diinginkan oleh kuda peliharaannya itu. Ia mahukan pelukan hangat daripada tuannya!


Akhirnya, mereka saling berpelukan untuk satu detik yang sangat bermakna. Mungkin, ini cara Phoenix menyatakan kasihnya kepada seorang manusia yang sangat berharga buatnya.


Sudah tentu, hanya manusia yang istimewa sahaja berpeluang untuk mendapatkan pelukan daripada seekor kuda!


Sumber : Erabaru


No comments