(Video) Pemain Bola Ini Dikecam Teruk Kerana Lap Hingus Menggunakan Wang Kertas

Pemain bola sepak bukan sahaja menjadi salah satu karier, malah mereka juga amat terkenal dengan pendapatan lumayan serta kehidupan yang kurang kontroversi.


Namun lain pula kisah pemain profesional warga Rusia ini. Beliau sengaja ingin mendapat kecaman netizen kerana bertindak mengelap hingusnya dengan menggunakan sekeping wang kertas.


Sebuah rakaman video di dalam sebuah kapal terbang berdurasi kurang dari 15 saat itu menunjukkan Stanislav Manayev, pemain tengah Chertanovo Moscow FC mengambil sekeping wang kertas daripada segumpal wang kertas yang bernilai 5,000 ruble (RM345).


“Saya boleh berikan duit ini kepada mereka yang memerlukan, tetapi saya tidak akan melakukannya kerana hidung saya selsema.” Katanya sambiil mengelap hingus, sebelum mencampak kepingan wang itu ke lantai.


Bagaimanapun video kontroversi tersebut turut mendapat reaksi Menteri Sukan Rusia, Pavel Kolobov yang menyifatkan tindakan pemain berusia 19 tahun itu menunjukkan tahap pendidikan budaya yang rendah buat pemain berkenaan.


Sumber : Taikotai.tv


No comments