Saya ok sahaja, korang jer lebih: Sajat
USAHAWAN Kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman berkata, pertemuan beliau dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), semalam berlangsung dalam keadaan berhemah dan baik.
Ujar pasangan duet Lagu Abang Nak Tegur itu,selain Jakim turut hadir bersama dalam pertemuan itu adalah kedua iba bapanya.
"Jakim jumpa saya dengan memberi salam yang baik, jadi saya sambut salam itu untuk mereka datang berjumpa saya.
"Alhamdulillah pertemuan dengan Jakim berjalan dengan baik... lancar, tak ada apa-apa isu berbangkit," katanya kepada Sinar Online.
Katanya pertemuan yang diadakan di Wismanya Nur Sajat, Shah Alam, itu membuahkan hasil yang positif.
"Semuanya berlangsung dalam keadaan harmonis dan baik," katanya yang memaklumkan bahawa pertemuan berlangsung selama 45 minit.
Dalam itu, ketika ditanya mengenai emosi beliau tatkala dijadikan sasaran oleh netizen berkait isu ini, Sajat berkata, dia 'baik-baik sahaja'.
"Alhamdulillah emosi saya tidak terganggu,normal, saya rasa emosi masyarakat yang terganggu, itu sahaja," selorohnya.
Sementara ditanya, sama ada akan diadakan pertemuan susulan, Sajat kata, 'mungkin tiada'.
"Kalau ada pertemuan mungkin dalam bentuk seminar, aktiviti bersama anak tahfiz ke tempat kami, buat doa selamat, doa kesyukuran...berniaga," katanya.
Dalam pertemuan mereka semalam, pihak Jakim diketuai oleh Dr Izwan Yusof yang merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim.
Jakim semalam, memaklumkan bahawa pihak mereka menemui jalan penyelesian selepas pertemuan mereka berakhir.
Sumber : SinarHarian
Post a Comment