Lagu Aiman Tino raih 41.3 juta tontonan di YouTube
PENYANYI remaja, Aiman Tino, 19, melakar sejarahnya yang tersendiri dalam industri muzik tanah air apabila namanya tercatat dalam Malaysia Books Records berikutan kejayaan single pertamanya, Ku Rela Dibenci yang meraih tontonan tertinggi di Youtube sebanyak 41.3 juta.
Kejayaan ini turut dikongsikan bersama kedua ibu bapa Aiman iaitu Yusri dan Riena yang juga merupakan pencipta lagu yang dianggap membawa tuah ini.
Aiman yang kini popular dengan single Permata Cinta, menerima sijil penghargaan tersebut dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Selasa.
“Saya sebenarnya tidak menyangka lagu ciptaan ibu dan ayah saya ini meraih tontonan yang begitu tinggi di Youtube sehingga layak mendapat pengiktirafan di Malaysia Book of Records.
“Semoga kejayaan ini menjadi permulaan yang baik buat kerjaya nyanyian saya untuk tahun 2018 ini,” ujar Aiman.
Dalam pada itu, penyanyi ini turut merakamkan rasa terima kasihnya buat para peminatnya yang menyumbang kepada kejayaan tersebut.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah menonton muzik video Ku Rela Dibenci di Youtube dari mula ia disiarkan sehinggalah sekarang,” katanya yang kini telah memasuki tahun tahun ketiga bergelar penyanyi.
Sumber : Sinar Harian
Post a Comment