10 Sajian Makanan Yang Paling Mahal Di Dunia

Makanan merupakan salah satu keperluan asas dan amat penting kepada manusia untuk meneruskan hidup. Sesetengah individu tidak mementingkan harga sesuatu makanan asalkan ianya sedap dan menyelerakan.


Tapi tahukah anda bahawa terdapat sesetengah makanan yang harganya lebih mahal dan mungkin boleh mencecah harga sebuah rumah?


Ya, makanan yang paling mahal di dunia dan wujud segelintir individu yang sanggup menghabiskan wang tunai demi menikmati makanan mewah. Di sini kami kongsikan kepada anda senarai makanan-makanan yang termahal di dunia


10. Cendawan Matsutake

Harga : AS$1,000 = RM4,431


Matsutake adalah nama biasa bagi kulat yang paling dikehendaki selepas pengkajian tentang kulat meningkat di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Kulat ini merupakan elemen penting dalam masakan Jepun. Proses penanaman Matsutake adalah amat sukar menyebabkan harganya juga sangat mahal.


9. The Zillion Dollar Frittata

Harga : AS$1,000 = RM4,431


Kegilaan kulinari telah mencapai puncak terbaru di New York dengan ciptaan masakan telur dadar yang bernilai ribuan ringgit. Hotel Le Parker Meridien baru-baru ini telah menambah hidangan sarapan yang sangat mahal di dalam menunya. Telur dadar ini menjadi begitu mahal kerana mengandungi campuran telur, udang karang dan kaviar hitam yang banyak.


8. Chocopologie

Harga : AS$2,600 = RM11,513


Coklat yang paling sedap dan mahal di dunia adalah Chocopologie oleh Knipschildt. Coklat ini merupakan buatan tangan dan mengandungi bahan-bahan seperti coklat gelap dan 70% koko Valrhona.


7. Daging Wagyu

Harga : AS$2,800 = RM12,406


Menurut sumber, daging ini merupakan sajian khas bagi golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia. Malah, rasa daging ini juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa. Ia merupakan daging stik yang terbaik di dunia!


6. Samundri Khazana

Harga : AS$3,200 = RM14,170


Dipanggil Samundri Khazana atau khazanah dari laut merupakan hidangan daripada campuran telur ikan Beluga dan udang karang dengan helaian emas yang boleh dimakan.


5. Pizza Royale 007’

Harga : AS$4,200 =RM18,598


Piza termahal ini dihasilkan daripada ramuan yang mahal seperti ikan salmon Scotland, kaviar, udang, champagne dan daging rusa. Bukan itu sahaja, lapisan atas piza bersaiz 12 inci ini dibuat daripada kepingan emas 24 karat yang boleh dimakan.


4. Tembikai Dansuke

Harga : AS$6,100 = RM27,028


Tembikai Dansuke adalah sejenis tembikai hitam yang hanya tumbuh di pulau Hokkaido, Jepun. Hanya sebanyak 65 biji buah tembikai dituai pada setiap musim.


3. Tembikai Yubari

Harga : AS$22,872 = RM101,345


Tembikai ini digelar sebagai ‘raja buah tembikai’ dan merupakan hasil kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari, Jepun. Dijual pada harga yang tinggi kerana rasanya yang manis dan sempurna.


2. Almas beluga caviar

Harga : AS$28,000 = RM123,988


Kaviar atau telur ikan yang mahal ini berasal dari ikan Beluga di Iran. Kaviar ini dihasilkan daripada telur ikan sturgeon albino yang hanya boleh ditemui di Laut Kaspia. Malahan, bungkusan hidangan mewah yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.


1. Trufel Putih (trifola d’Alba)

Harga : AS$160,406 = RM710,667

Trufel merupakan sejenis cendawan yang berasal dari Itali dan merupakan cendawan terbesar serta termahal di pasaran dunia! Menurut sumber, trufel mengambil masa yang agak lama untuk matang menyebabkan harganya begitu mahal. Wow! Betul-betul hidangan mewah ni.

No comments