Honda Wave Alpha 2017 Kini Berwajah Baru Dan Lebih 'Sporty'

Boon Siew Honda (BSH) kini lebih agresif dengan memperkenalkan  Honda Wave Alpha 2017 dengan wajah baru serta gaya yang lebih 'sporty'.


Menurut BSH keluaran ini adalah versi tambahan untuk versi yang sedia ada di pasaran sekarang, ini bermakna versi yang sedia ada masih lagi dijual.


BSH juga menyasarkan peningkatan sebanyak 26 peratus untuk tambahan versi yang baru Honda Wave Alpha 2017 berbanding dengan yang sebelum ini.


Corak dan rekaan yang diperkenal kan kali ini menyamai versi yang telah digunapakai dalam perlumbaan Cabaran Honda Wave Alpha 2017 Cub Prix 2017.


Ia juga dilengkapi dengan exzos yang lebih 'sporty', reka bentuk pemegang belakang yang baru, brek cakera (untuk model rim sukan) dan pelekat yang di gunakan dalam perlumbaan.


Harga yang ditawarkan untuk Honda Wave Alpha 2017 RM5086.94 (harga atas jalan termasuk GST) dan waranti dua tahun atau 20,000km (yang mana tiba dahulu)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi talian bebas Boon Siew Honda di 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am - 5pm, kecuali cuti umum).





No comments