'Nah ini beg saya dapat, apa punya service ni Air Asia?' - Penumpang


Kes bagasi penumpang penerbangan mengalami kerosakan bukanlah satu isu yang baru dan ianya telah lama berlaku. Sebelum ini juga Tony Fernandes pernah menasihatkan kakitangannya menjaga bagasi para penumpang dengan baik. Tidak berapa selepas itu juga viral video kakitangannya mencium bagasi penumpang.


Malangnya kejadian yang sama masih berulang dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna.


Viral di media sosial aduan seorang pengguna yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Air Asia di mana bagasinya telah pecah.


Elvin Arthur Joseph berkata, dia hanya menyedari keadaan bagasinya itu sebaik saja mengambil beg itu setelah sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur.


"Ini beg saya. Jumaat 13 Aprl 2018, flight dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu jam 2045-2355.


"Sudahlah flight delay 1 jam 45 minit, kena bayar lagi sebab over weight (ini saya terima) dan saya minta fragile sticker sebab ada barang mudah pecah.


"Sampai saja di Kota Kinabalu, ambil beg, nah ini yang saya dapat. Bila pergi report di kaunter, tunggu punya tunggu, kena suruh buat report secara online sendiri lagi.


"Dafuq Air Asia? Apa punya service ni? Bukan membantu, tetapi menambah menyusahkan," katanya.



Baru-baru ini juga, pelakon dan pengacara Dato' Ac Mizal meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap perkara yang sama di mana bagasinya kemek dan kakitangan syarikat penerbangan tambang murah di bahagian kaunter khidmat pelanggan itu didakwa tidak membantu menyelesaikan masalahnya langsung.


Berikutan dengan kejadian itu, Ac Mizal 'menghadiahkan' hashtag khas untuk Air Asia iaitu #murahdanpunah.


Sumber - The Reporter

No comments