Wanita Ini Jadi Terkenal Serta-merta Di Seluruh Dunia Setelah Bergaya Daun Pisang

Menjadi seorang model tidaklah semudah yang disangka. Bukan sahaja memerlukan wajah yang fotogenik, mereka juga perlu tahu mengekspresikan diri dengan pakaian yang diperagakan.


Namun, seorang model cantik telah menjadi viral di media sosial denga hanya memperagakan beberapa helaian daun pisang. Davika Hoorne, nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan di Thailand.


Pernah berlakon dalam filem seram Pee Mak, pelakon yang lebih dikenali sebagai Mai ini telah membawa watak sebagai hantu bernama Mae Nak, isteri kepada Pee Mak yang dilakonkan oleh aktor kacak, Mario Maurer.


Selain dikenali menerusi lakonan, Davika juga telah dilantik sebagai duta produk oleh beberapa jenama terkemuka di Thailand kerana rupa parasnya yang sangat fotogenik.


Menjadi antara selebriti paling cantik di negaranya, gadis berusia 26 tahun ini juga gemar bersukan ketika waktu lapang. Terbukti melalui usaha keras beliau sehingga menampakkan otot dan six pack di tubuhnya.


Gambar yang berbalut daun pisang itu telah mendapat sebanyak lebih 430,000 likes semenjak dimuat naik ke dalam laman Instagram miliknya.


Sumber : Taikotai


No comments