Kain Pelekat Keluaran Zara Ini Mungkin Pesaing Baru Kain Pelekat Jenama Gajah Duduk

Kain sarung atau lebih terkenal dengan kain pelikat merupakan pakaian yang seringkali dipakai oleh orang Melayu, terutamanya bagi kaum lelaki. Bahkan juga dipakai semasa melakukan ibadah solat kerana mudah dan selesa.


Namun siapa sangka, kain sarung itu telah menjadi sebuah fesyen terkini dan mengorak langkah menembusi pasaran antarabangsa.


Zara, sebuah jenama terkemuka telah tampil melancarkan kain sarung atau skirt “lungi” bagi pelanggan wanitanya sehingga mendapat kecaman netizen yang menganggap jenama tersebut kekurangan idea.


Kain sarung yang diberi nama mini skirt with draped detail in the front itu memiliki bentuk kotak-kotak yang berwarna coklat serta garis yang berwarna hitam.


Apa yang mengejutkan, kain tersebut dijual pada harga sekitar £70 iaitu bersamaan RM387. Pelancaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen terutama dari Asia.


Rata-rata mempersoalkan hasil rekaan tersebut tidak menampakkan sebarang kreativiti, malah kelihatan sama seperti kain sarung yang dipakai oleh masyarakat Asia setiap hari.


Sumber : Taikotai.tv


No comments