(Video) Kinder Bueno Kini Keluarkan Aiskrim Dan Rasanya ‘Heaven’ Habis

Kita semua tahu bahawa Kinder Bueno memang terkenal dengan coklatnya yang lazat dan padat. Coklat yang cair di mulut membuatkan kita leka seketika dengan apa yang berlaku di sekeliling kita dek kerana keenakannya.


Tahukah anda, Kinder Bueno bukan hanya boleh didapati dalam pek coklat semata-mata, kerana ia juga akan memperkenalkan keluaran terbaru iaitu aiskrim Kinder Bueno dan bakal dikeluarkan dengan tiga bentuk yang berbeza iaitu kon, batang dan sandwich.


Pek batang.


Pek kon.


Pek sandwich.

Aiskrim ini telah menjadi satu fenomena besar di negara Perancis, Australia, Switzerland dan Jerman pada 5 Februari yang lepas.


Tak sabar rasanya nak tunggu Aiskrim ni tiba di Malaysia.


Jom kita lihat video Aiskrim Kinder Bueno yang pasti membuatkan anda telan air liur. Nyum!


Sumber : Taikotai.tv


No comments