Singapura haramkan penggunaan produk berasaskan tembakau seperti rokok, shisha dan rokok elektronik (vape) bermula Fabruari ini!
Singapura secara rasmi telah mengumumkan bahawa mereka akan mengharamkan semua barang-barang ini bermula 1 Febuari 2018. Adalah sesuatu yang menyalahi undang-undang bagi sesiapa sahaja yang membeli, menggunakan dan memiliki apa sahaja produk berasaskan tembakau.
Menurut Straits Times, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata hukuman bagi orang yang ditangkap semasa urusan membeli, menggunakan atau memiliki produk tembakau boleh didenda maksimum S$2,000 (lebih kurang RM5,900).
Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) sebelum ini hanya mengharamkan pengimportan, penjualan dan pengedaran produk tersebut tetapi sekarang ianya lebih menyeluruh dan merangkumi istilah-istilah lain.
Produk tembakau yang terjejas termasuk rokok elektronik, paip elektronik, cerut elektronik dan barangan yang serupa. Pindaan ini dibuat oleh Kementerian Kesihatan dengan tujuan untuk mengurangkan penggunaan rokok dalam kalangan rakyat Singapura.
Mereka berkata, “Kami sangat menggalakkan perokok untuk berhenti merokok bagi mengurangkan risiko untuk mendapatkan penyakit yang berkaitan dengan merokok. Kami akan terus komited untuk mengurangkan kebarangkalian merokok di Singapura melalui pendekatan komprehensif, pelbagai cara digunakan untuk mengurangkan penggunaan produk tembakau.”
Di samping itu, had umur bagi penggunaan produk tembakau akan meningkat setiap tahun bermula dari Januari 2019 sehingga ia mencapai had umur 21 tahun pada Januari 2021.
Sumber : Era Baru
Post a Comment