Selepas 7 Hari Koma, Pelajar Dipercayai Cuba Gantung Diri Selepas Kecewa Dituduh Curi Telefon Gurunya Meninggal Dunia
1 Feb - Pelajar yang dipercayai cuba membunuh diri selepas dia dituduh mencuri telefon bimbit gurunya baru-baru ini, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.30 pagi ini, lapor Malaysia Tamilar Kural
Setiausaha NGO Tamilar Kural Malaysia, Satees Muniandy, yang memaklumkan perkara tersebut kepada media, berkata anggota keluarganya berada di bilik mayat
Memetik laporan Malaysia Kini pelajar yang berusia 13 tahun itu berada di dalam keadaan koma di Hospital Seberang Jaya sejak 24 Januari lalu selepas dia cuba menggantung dirinya dengan kain selendang.
Laporan polis telah dibuat oleh keluarga mendiang dan menggesa agar siasatan segera dijalankan serta guru berkenaan diambil tindakan.
Mendiang yang berasal dari Nibong Tebal itu telah menulis sepucuk surat sebelum dia cuba menggantung diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.
Pelajar tersebut menafikan tuduhan yang dikenakan terhadapnya dan telah bertindak cuba menggantung diri di dalam bilik di rumahnya.
Datuk P Kamalanathan berkata kementerian meneliti kes itu dan mendedahkan bahawa guru berkenaan telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah.
Sumber : Siakapkeli.my
Post a Comment