Ola Bola Musical Menerima 'Standing Ovation' - Tiara Jacquelina


Pengasas Enfiniti, Puan Sri Tiara Jacquelina terkejut apabila pementasan perdana Ola Bola The Musical menerima 'standing ovation' daripada penonton di Panggung Sari, Istana Budaya semalam.


Tiara Jacquelina berkata ia penghargaan yang sangat tinggi untuknya dan seluruh kru Ola Bola The Musical. "Saya rasa macam 'wow'! Memang tidak sangka apabila tamat sahaja pementasan perdana ini semua orang bangun beri penghormatan. "Bagi saya ini hadiah yang bermakna buat saya dan segala penat lelah yang kami usahakan untuk malam ini nampaknya berbaloi. "Sebenarnya tepukan daripada penonton pun sudah cukup melegakan hati saya," katanya kepada Astro Gempak.


Tiara ditemui selepas pementasan perdana muzikal tersebut di Istana Budaya, pada Rabu. Mengulas mengenai pementasan perdana serta pertama Ola Bola The Musical pada malam tersebut, Tiara memberitahu dia bangga melihat pencapaian setiap pelakon dan krunya.


"Saya bangga melihat pencapaian setiap pelakon pada malam ini kerana nampak kesungguhan mereka dalam memberi komitmen sepenuhnya. "Saya puas hati dengan persembahan malam ini tetapi setiap pementasan kami akan sentiasa perbaiki supaya lebih baik dan menarik," katanya lagi.


Pelakon yang membintangi Ola Bola The Musical adalah Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Iedil Putra, Altimet, Douglas Lim dan ramai lagi. Ola Bola The Musical yang dipersembahkan oleh CIMB itu bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 8 Februari (hari ini) hingga 11 March 2018.


Tiket Ola Bola The Musical dijual dengan harga bermula dari serendah RM58.71. Diskaun sebanyak 40 peratus diberikan untuk pengguna kad CIMB atas pembelian tiket mengikut terma dan syarat. Ia boleh dibeli di www.olabolamusical.com.


Sumber : Awani

No comments