Lembah di Arab Saudi ini sangat 'awesome'

BIASANYA Arab Saudi, sinonim dengan daratan padang pasir yang gersang, namun siapa sangka negara gersang ini mempunyai satu tempat istimewa yang indah menghijau.


Kawasan hijau yang dikenali sebagai Lembah Wadi Al-Bardani terletak di Bareq, utara Mahayil, Wilayah Asir, Arab Saudi ini bukan hanya dipenuhi 'karpet' rumput, malah menjadi habitat pelbagai jenis binatang.


Memetik Al-Arabiyah, akhbar atas talian Arab Saudi itu melaporkan bahawa lembah itu merupakan salah satu tempat terindah di Arab Saudi.


Dek kerana kehijaun dan keindahannya, masyarakat sekitar memanfaatkan lembah hijau tersebut sebagai kawasan pertanian dan tempat membela haiwan ternakan selain tempat bercuti.


Lembah hijau ini di tengah-tengahnya terdapat sebatang sungai yang mengalir airnya sepanjang tahun.


Menurut seorang pengembara Mohammed al-Shawi memberitahu Al Arabiya bahawa lembah itu sangat unik dan menarik ramai orang kerana pemandangannya yang indah.


Sumber : Sinar Harian


No comments