Inilah Cara Semakan Butiran MyKAD Menggunakan Dekoder Astro: Mesti Cuba

Untuk anda yang ingin menyemak butiran pada cip MyKAD anda, anda boleh melakukannya melalui decoder Astro anda.


Cukup ikuti langkah-langkah berikut:


1. Hidupkan TV anda & decoder Astro


2. Pergi ke saluran 800 (ini akan memakan masa 10 saat untuk load)


3. Setelah menu Astro Interaktif datang pada, tatal ke bawah dan pilih ‘MyKad’ pilihan.


4. Masukkan MyKad anda di slot kedua decoder Astro anda. Tadaa! butiran MyKad anda akan muncul di skrin TV.


(hmm ramai yang cakap dah tak boleh..hmm..dulu boleh, sekarang dah tak boleh la kot..hehehehe)


Hanya dengan mengeluarkan kad anda dan masukkan seterusnya jika anda ingin check MyKads lebih.


Perhatikan data peribadi anda (terutama agama) dan jika anda mengesan kesalahan, dengan cepat pergi ke bahagian pendaftaran terdekat dan mendapatkannya diperbaiki.


Kad kredit pun boleh juga!


Sejak 1990, setiap warganegara Malaysia diberikan satu set nombor 12-digit yang unik dalam format TTBBHH-NN-###J sebagai nombor kad pengenalan.


Kumpulan digit pertama (TTBBHH) merupakan tarikh lahir pemilik KP.


Kumpulan kedua (NN) pula merupakan kod negeri lahir, iaitu 01-13 untuk negeri-negeri, 14-16 untuk Wilayah Persekutuan dan kod 71 jika lahir di luar Malaysia. Bagi anggota polis, kod yang digunakan ialah 88 manakala untuk anggota tentera, kod yang digunakan ialah 99.


Namun begitu apabila seseorang anggota polis atau tentera menamatkan perkhidmatan mereka, nombor kad pengenalan mereka akan ditukar kepada kod nombor asal tempat kelahiran mereka.


Kumpulan nombor terakhir (###J) merupakan nombor siri yang dijana secara rawak oleh sistem komputer Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.


Sebagai pembezaan di antara pemegang MyKad lelaki dan perempuan, nombor terakhir dalam siri nombor kad pengenalan telah di sesuaikan mengikut jantina pemegang di mana sekiranya pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka genap, jantina pemegang adalah wanita.


Manakala jika pemegang MyKad mempunyai siri nombor terakhir berangka ganjil, jantina pemegang adalah lelaki.


di muka belakang mykad, kita boleh tahu dah berapa kali tukar ic..tengok nombor siri..contohnya


570831-12-5114-02-01


(02) menunjukkan, org tu dh 2 kali tukar mykad.


kalau kt nombor mykad ada tanda (*), contohnya


570831-12-5114*.. yg nie mknanya, tarikh lahir pada no mykad dia tu, bukan tarikh lahir sbenar, tetapi tarikh pendaftaran IC tersebut.


klu ada lampu pengesan duit palsu tu, cuba suluh pada mykad, korang akan jumpa ada 1 lagi gambar tersembunyi.


sumber: http://kodokinfo.com/info-mykad/


No comments