[GAMBAR] Lucu! Ini Alasan Tidak Masuk Akal Mengapa Kanak-kanak Menangis

Melihat kanak-kanak menangis itu sememangnya normal, suatu ‘fenomena’ yang sangat biasa. Terdapat pelbagai sebab mengapa mereka menangis, yang ada kalanya seperti sesuatu yang tidak masuk akal. Mereka menangis biasanya kerana ibu mereka tiada di samping mereka, mereka mungkin tidak mahu makan sayur-sayuran atau mungkin mereka dilarang untuk makan gula-gula atau makanan ringan seperti coklat dan ais krim vanila. Ada sahaja alasan yang pasti membuat ibu bapa pening dengan keletah mereka.


Lihat gambar-gambar di bawah serta alasan kanak-kanak ini menangis. Anda pasti akan tersenyum, lucu dengan gelagat comel mereka. Ada yang tidak masuk akal!


#1 Menangis kerana berjumpa Iron Man tanpa pakaiannya…


#2 Tidak sangka dia akan bertemu dengan Barack Obama


#3 Makanan tengah harinya masih berada dalam ketuhar gelombang mikro


#4 Tidak pasti ini tangisan gembira atau benci melihat artis terkenal di dalam TV


#5 Makan malamnya masih belum siap dan dia mungkin sangat lapar ketika itu


#6 Nampaknya dia begitu kecewa apabila diberitahu bahawa dia tidak boleh berkahwin dengan ayah dan abangnya


#7 Dia kecewa kerana tidak boleh memegang kesemua crayon dengan menggunakan satu tangan sahaja


#8 Dia menyangka muffin yang keluar daripada ketuhar akan menjadi sejuk, tetapi tidak…ianya panas


#9 Dia tidak suka abangnya bersarapan bersamanya


#10 Dia diberitahu Darth Vader ialah orang yang tidak baik


#11 Dia mungkin terlalu gembira bertemu dengan Bill Murray


#12 Muffinya habis dimakan seseorang… Dia mungkin tidak sedar dia yang telah menghabiskan kesemuanya

Sumber - Boredpanda

No comments