Bandingkan Gambar Pekerjaan Orang Tua Ini Dengan Anda, Pasti Anda Bersyukur Dengan Apa Yang Anda Miliki Sekarang!
Setiap hari kita akan berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya di tempat kerja. Tidak dinafikan ada hari yang kita rasa seronok dan tidak sabar untuk datang bekerja. Ada juga hari yang kita rasa seperti malas untuk bekerja dan mahu pulang cepat.
Hal ini berlaku terutamanya bagi anak muda.
Jiwa mereka memberontak tatkala dimarah oleh ketua jabatan, mengasingkan diri daripada rakan sepejabat apabila terdapat perselisihan pendapat dan tidak kurang juga ada yang bermasam muka hanya kerana berebutkan tempat parkir kereta!
Namun begitu, tahukah anda masih ada lagi insan di luar sana yang terpaksa bekerja keras demi sesuap nasi?
Nah, ini gambar orang-orang tua yang masih lagi bekerja.
Cuba lihat dan bandingkan dengan diri anda.
Orang tua ini membawa bakul anyamannya untuk dijual
Seorang nenek tua ini masih lagi berniaga walaupun hari sudah malam
Banyak sayur yang dijual oleh nenek ini
Masih bertenaga! Lihatlah makcik ini, masih mampu menjunjung bakul yang penuh pisang di atas kepala dan di belakang badannya!
Wajah nenek ini seakan berkata-kata, “Marilah beli ubi keledek ini.”
Walaupun penat bekerja, tetapi pakcik ini masih lagi mampu tersenyum manis!
Adakah anda masih lagi mahu merungut dengan lambakan kerja yang diberikan oleh ketua?
Masihkah ada sikap sambil lewa ketika membuat kerja?
Masihkah….
Sumber - Era Baru
Post a Comment