DM Norman Hakim Penuh Dengan Risikan Selepas Gambar Marissa Jadi Tular

PELAKON Norman Hakim pada pagi Khamis, telah berkongsi mengenai anaknya Marissa Dania. Norman juga telah meluahkan rasa pelik kerana apabila anak keduanya yang baru berusia 13 tahun itu tiba-tiba viral dan menjadi perhatian netizen.


Serentak dengan itu, Norman telah meninggalkan pesan kepada netizen yang telah menghantar mesej peribadi kepadanya di Instagram yang berniat untuk merisik anak daranya itu.


Tulis Norman:


“normanhakim_786: Dengar cerita budak kecik @marissadania_ ni tgh viral. Viral untuk apa tu? Yang pasti habis DM papa penuh dgn 'risik'an yg padu. Yang pilu pun ada jugak.


“Nak bagitahu anak dara saya ini umur Insha-Allah tahun ni masuk 13 tahun bulan Julai nanti. Jauh perjalanan lagi. Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan.


“Kepada majoriti yg berniat untuk menjadi 'Imam' tu melalui DM yg saya baca, Alhamdulillah untuk nawaitu yang suci dan ikhlas tu. Saya anggap itu sebahagian daripada permulaan ukhwah dan silaturahim sesama kita.


“Sepatah kata mama @abby_abadi112 'Utamakan yang utama'. Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yg juga bakal 'imam' yang pertama sekali of course kepada Allah S.W.T. Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibu bapa kita umpama esok tiada lagi hari untuk kita di dunia ini.


“Lepas tu barulah fikirkan untuk 'mendirikan masjid'. Saya bercakap berdasarkan pengalaman. Nak mendirikan 'masjid' ni bukan sekadar bersandar pada teori. Saya yang dah nak masuk anak ke-enam ni pun masih lagi belajar seni untuk ber'masjid'.


“Wallahualam...Segala yang terbaik hanya dari-Nya. Seboleh mungkin bila comment kat anak dara saya ni kat IG dia, sama-sama selitkan doa untuk dia sebab doa yang baik-baik itu semua InshaAllah akan berbalik pada kita semula.


“Pakai bahasa we chat pun no hal janji sempoi dan maksud sampai. Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas. Itu yg sama2 kita jaga ok! Amin, InshaAllah.”



Kepada yang mencuba nasib untuk menjadi menantu kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, pastikan apa yang dipesan ini disemat dalam hati dan dijadikan panduan. Ingat, bukan mudah untuk menjadi 'Imam' kepada anak dara orang ya!


Sumber : Awani

No comments