Berapa Banyakkah Cara Mengikat Tali Kasut Yang Anda Tahu?

Anda barangkali sering melihat benda ini tetapi jarang perasan akannya ataupun langsung tidak memikirkannya. Tetapi, jika ia terbuka, maka anda terpaksalah mengikatnya semula. Apakah ia? Tentulah tali kasut. Terdapat pelbagai cara ikatan kasut sama ada yang mudah hinggalah ke cara yang luar biasa. Dengan mengikat tali kasut, pasti bakat seni anda dapat diasah, bukan?


Lazimnya, apabila kita membeli kasut sahaja, pasti kasut kita sudah lengkap untuk dipakai. Tetapi bagi anda yang mudah bosan dengan ikatan biasa tersebut, bolehlah cuba untuk menukar gaya ikatan tali kasut anda itu.


Di samping untuk kelihatan menarik dan kemas, cara ikatan tali kasut juga boleh disebabkan oleh faktor kesihatan. Apabila kaki anda berasa sakit, maka anda perlu melonggarkan atau mengubahnya supaya menjadi lebih selesa. Di bawah ini terdapat cara untuk anda membetulkan ikatan tali kasut anda jika anda :


1. Mengalami bengkokan kaki melebihi kaki normal



2. Kasut berasa terlalu ketat



3. Berasa longgar di bahagian tumit



4. Bukaan jari kaki yang lebar



Berikut juga terdapat beberapa kaedah gaya untuk anda mengikat tali kasut :


#1. Gaya paparan

Gaya ini merupakan gaya biasa yang menjadi ikatan tali kasut wajib apabila anda membeli kasut baru. Gaya ini juga merupakan gaya yang sering digunakan untuk tujuan paparan di kedai kasut kerana tali akan berada di dalam kasut.



#2. Gaya selari

Gaya ini mungkin gaya yang sangat ringkas. Di samping mudah, ia hanya memerlukan anda untuk mengulang cara ikatan tersebut sehingga habis. Jika anda tidak suka akan gaya ikatan seperti ini, anda dinasihatkan untuk cuba mengikatnya pada sebelah kasut terlebih dahulu supaya anda tahu bagaimana untuk meleraikan ikatan tersebut menjadi seperti asal kembali.


Di bawah ini merupakan gaya :


‘The Hidden Knot’



‘Bushwalk’



‘Ladder’



‘Checkerboard’



#3. Gaya penjuru

Gaya ikatan seperti ini adalah sama seperti gaya ikatan biasa yang sering anda lakukan. Ia juga tidak memerlukan anda untuk mengikat semula keseluruhan tali kasut.


Gaya ini dikenali sebagai ‘Footbag’. Ia adalah sama seperti gaya ikatan untuk bukaan jari kaki yang agak lebar.



‘The Hash’



‘Double Back’



‘Lattice’ or ‘Diamond Lacing’



#4. Gaya istimewa

Gaya ini agak rumit berbanding sebelumnya. Di sini terdapat gaya ‘The Riding Bow’ di mana terdapat ikatan riben di tengah-tengahnya.



Yang ini pula digelar the ‘Loop Back’, di mana ia menyerupai dengan gaya paparan tetapi terdapat kelainan pada akhir ikatan tersebut. Cuba anda perhatikan betul-betul.



Ini pula ‘Twistie’ yang kelihatan sama sedikit seperti gaya sebelum ini, tetapi pusingan tali sebanyak dua kali membuatkan ia berbeza.



Akhir sekali ‘Zipper’. Gaya ini merupakan teknik ikatan yang paling sukar di dalam senarai ini tetapi hasilnya pasti sangat memuaskan hati kerana ia seakan seperti berlian.



Jadi, gaya mana satukah yang menjadi kegemaran anda? Sama-sama kongsikan.


Sumber - Era Baru

No comments