7 individu yang dahulunya gelandangan kini menjadi golongan kaya dan terkenal
Setiap individu mengalami pelbagai pengalaman hidup dan antara elemen yang menguasai seseorang adalah kuasa, wang ringgit, pengaruh dan taraf hidup. Keempat-empat elemen inilah yang membuatkan ramai manusia mengimpikan untuk memiliki kehidupan yang mewah dan berjaya dalam hidup.
Namun, pasti anda terkejut jika mengetahui bahawa hampir kebanyakan selebriti dan individu yang berjaya sebenarnya mempunyai kehidupan lampau yang malang. Ada yang pernah hidup sebagai gelandangan, bergelumang dalam kancah kemiskinan dan sebagainya.
Dengan menjadikan segala kepayahan dalam hidup sebagai inspirasi untuk mencapai matlamat, kesemua individu-individu ini pastinya berusaha keras untuk terus maju dalam hidup.
Lihat senarai tujuh individu yang dahulunya gelandangan kini menjadi jutawan.
#1 Halle Berry
Anda mungkin melihat Halle Berry sebagai individu yang terkenal, berpengaruh, kaya dan juga memiliki tubuh yang menawan. Tetapi hakikatnya, kehidupan Halle Berry tidaklah sempurna yang disangka.
Selain pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali, mempunyai hubungan percintaan yang tidak memberikan penamat bahagia dan pernah membuat cubaan membunuh diri, Halle juga pernah menjadi gelandangan pada permulaan karier lakonannya.
Beliau turut mengakuinya ketika program temubual bersama Reader’s Digest dan memaklumkan pengalaman hidup sebagai gelandangan telah memberikan kekuatan kepadanya untuk menghadapi pelbagai situasi yang buruk.
#2 Charlie Chaplin
Pelakon ‘silent comedy’ yang popular pada awal abad ke-20 ini juga mengalami kesukaran hidup sewaktu membesar. Bapanya telah meninggal dunia ketika Charlie masih kecil manakala ibunya pula yang mengalami gangguan mental seringkali dimasukkan ke hospital. Hal ini menyebabkan Charlie menghabiskan kebanyakan masanya dengan tidur di jalanan sebelum berusia 10 tahun lagi.
#3 Steve Harvey
Steve Harvey kini mencapai zaman kemuncak dan popular di seluruh dunia. Mempunyai perkahwinan yang bahagia bersama isteri tercinta, Marjorie, mempunyai rancangan bual bicara sendiri dan dua rumah besar di Chicago dan Atlanta merupakan salah satu kejayaan yang diperolehi Steve.
Sekitar tahun 1980-an, kehidupan Steve benar-benar dilanda badai. Selepas bercerai dengan isteri pertamanya, Steve menjadi gelandangan dengan tidur di dalam kereta Ford Tempo 1976 miliknya selama tiga tahun!
#4 Kelly Clarkson
Kehidupan Kelly Clarkson berubah setelah memenangi pertandingan American Idol musim pertama. Namun begitu, sebelum penjualan albumnya mencapai kejayaan yang menguntungkan, Kelly menjalani kehidupan sebagai gelandangan.
Apartment barunya di Los Angeles telah musnah dijilat api menyebabkan penyanyi ini berada dalam keadaan yang memilukan. Kelly juga terpaksa tinggal di dalam keretanya sebelum menghadiri ujibakat American Idol.
#5 Sylvester Stallone
Tidak dinafikan, keuntungan yang diperolehi daripada filem Rocky dan Rambo pastinya akan mencukupi bagi mana-mana individu untuk meneruskan hidup tanpa perlu bekerja sepanjang hidup.
Akan tetapi, Sly sewaktu muda pernah menghabiskan masa selama tiga minggu tidur di stesen bas Port Authority sebelum menerima tawaran untuk terbabit di dalam filem dengan bayaran sebanyak RM430 sehari.
#6 Steve Jobs
Jika disebut nama Steve Jobs, kita pasti akan mengaitkannya dengan duit, harta, kekayaan dan jutawan.
Namun percayakah anda bahawa Steve yang merupakan pengasas dan CEO Apple Inc. merupakan seorang yang muflis dan gelandangan pada satu ketika dahulu?
Menurut laporan, bapa iPhone ini tidak mampu untuk membiayai sewa bilik asrama sewaktu menjadi pelajar dan terpaksa menumpang tidur di lantai bilik rakannya.
Dia turut menjual botol minuman Coke untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan selain sanggup berjalan sejauh tujuh batu setiap malam Ahad demi mendapatkan makanan percuma di kuil Hare Krishna.
#7 Jennifer Lopez
Bintang Latin ini dianggarkan mempunyai harta dan aset bernilai sehingga RM1 bilion tetapi tidak ramai yang tahu mengenai kisah kehidupannya yang suram.
Sebelum J.Lo menjadi ikon fesyen dan idola ramai gadis di seluruh dunia, dia sering tidur di sofa di studio tariannya. Ibunya, Guadalupe Rodriguez tidak pernah merestui pemilihan karier J.Lo menyebabkan mereka sering bertelingkah dan J.Lo terpaksa tidur di studionya.
Ibunya mahu J.Lo melanjutkan pelajaran manakala bintang terkenal ini ingin meneruskan karier di dalam tarian. Nampaknya, kedegilan dan semangat J.Lo berjaya membuktikan kepada ibunya bahawa minat dalam sesuatu perkara adalah lebih penting berbanding mengikut kehendak orang lain.
Sumber - list25
Post a Comment