5 Negara Paling Banyak Menyimpan Emas di Dunia
Emas merupakan sejenis logam yang dikatakan mampu mengekalkan nilainya seiring dengan nilai inflasi dan pelaburan emas dikatakan antara pelaburan paling baik untuk jangka masa panjang bagi setiap individu, selain daripada pelaburan dalam bentuk aset dan pelaburan monetari.
Bukan hanya sekadar invdividu sahaja yang menyimpan emas, malahan banyak negara juga mengamalkan tabiat menyimpan emas, ekoran nilainya yang mampu membantu sesebuah negara dari segi ekonomi ketika berdepan krisis.
Tahukah anda apakah 5 negara penyimpan emas terbesar di dunia?
5. PERANCIS
Negara Perancis telah mengumpul hampir 2,435.9 tan emas semenjak tahun 1950 lagi, dengan majoritinya disimpan di dalam bilik kebal Bange de France di Paris sementara selebihnya disimpan di luar negara. Beberapa ratus tan telah pun dijual pada awal tahun 2000 namun simpanan emas Perancis kekal stabil semenjak 2009.
4. ITALI
Negara Itali pula mempunyai 2,451 tan simpanan emas. Kaedah penyimpanan emas Itali pula berlainan berbanding dengan negara lain kerana bank pusat Itali, Banca d'Italia adalah pemilik simpanan emas mereka dan bukan hanya sebagai pengelola simpanan, seperti yang diamalkan majoriti negara lain. Simpanan emas Itali disimpan di Rome dan juga dalam Swiss National Bank, Federal Reserve Bank New York serta Bank of England.
3. INTERNATIONAL MONETARY FUND
International Monetary Fund (IMF) adalah gabungan negara-negara yang membangunkan kerjasama di antara 189 negara anggota. Apabila IMF ditubuhkan pada tahun 1944, kesemua negara yang menyimpan dengan IMF dilakukan dengan emas, dengan penambahan kuota simpanan negara peserta juga perlu melalui transaksi menggunakan emas. Jumlah terkumpul emas simpanan kesemua negara anggota IMF adalah 2,814 tan sehingga kini.
2. JERMAN
Sejarah Perang Dingin yang berlaku satu masa dulu yang dirisaukan akan menyebabkan simpanan emas Jerman jatuh ke tangan Soviet, membuatkan emas-emas simpanan Jerman disimpan di seluruh dunia. Majoriti masih lagi disimpan di Federal Reserve Bank di New York, Bank of England dan juga Banque de France. Jerman secara kolektif mempunyai simpanan emas sebesar 3,373 tan dan dianggarkan separuh daripadanya, telah berjaya dibawa pulang, kini disimpan di Frankfurt.
1. AMERIKA SYARIKAT
Amerika Syarikat adalah negara yang mempunyai simpanan emas terbesar di dunia jauh mendahului kesemua negara dengan simpanan sebesar 8,133.5 tan. Majoriti simpanan emas Amerika Syarikat disimpan di Fort Knox, Kentucky yang digunakan sejak tahun 1937 selepas kerajaan Amerika di bawah Presiden Roosevelt mengharamkan simpanan emas oleh individu warganegara Amerika Syarikat, ketika itu. Dianggarkan Fort Knox sehingga kini menyimpan 2.3% jumlah emas yang pernah dikeluarkan sejak bermulanya tamadun manusia.
Jika anda adalah salah seorang yang belum memulakan simpanan emas, sama ada dalam bentuk jongkong, mahupun dalam bentuk barangan kemas, kami cadangkan anda baca artikel ini untuk mengetahui di mana anda mampu dapatkan emas pada harga yang lebih murah di negara kita.
Sumber : Taikotai
Post a Comment