Wanita Jepun Ini Rakam Gambar Tubuhnya Yang Mengerikan Akibat Diseksa Oleh Datuk Sendiri

Seorang wanita daripada Jepun baru-baru ini jadi terkenal setelah beliau berkongsi gambar swafoto tubuh beliau yang mengerikan di internet.


Wanita yang mendakwa telah menjadi mangsa penderaan oleh datuknya selama beberapa tahun sepanjang dia tinggal bersama-sama dengan datuknya itu.


Tambah wanita itu lagi, datuknya akan menghalang dia daripada menjamah sebarang makanan atau dia akan ditendang pada bahagian perut dan dipaksa untuk muntah sekiranya didapati menjamah makanan secara curi-curi.


Gambar swafoto yang diambil sebelum wanita itu dimasukkan ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan. Di dalam gambar yang mengerikan tersebut, bentuk tulang rusuk dan tulang pinggul wanita itu jelas kelihatan seseolah hanya dibaluti dengan kulit semata-mata.


Akibat daripada penderaan dan kekurangan zat makanan, wanita ini telah kehilangan lebih daripada separuh berat badan asalnya sehingga berat badan terkininya mencecah 16.8 kilogram sahaja.


Ketika wanita itu diselamatkan oleh orang ramai baru-baru ini, beliau menggambarkan detik-detik itu sebagai 10 minit sebelum kematiannya. Tambah beliau lagi, sekiranya bantuan itu lambat tiba, beliau sudah pasti telah meninggal dunia terlebih dahulu.


Terdapat segelintir netizen yang menuduh wanita ini mempalsukan gambar-gambar yang dimuatnaik olehnya semata-mata mahu meraih jumlah pengikut di laman media sosial.


Bagi membuktikan kebenaran, wanita itu kemudiannya telah memuatnaik beberapa keping gambar lain ketika berada di hospital yang kebanyakkannya menunjukkan kesan-kesan lebam pada dada, kaki dan leher.


Sumber : Taikotai.tv


No comments