Turkmenistan Haramkan Kereta Hitam, Siapa Degil Kena Tunda ke Balai Polis


TURKMENISTAN mungkin boleh dimasukkan dalam senarai antara negara yang melaksanakan undang-undang pelik di dunia apabila memutuskan mengharamkan kereta hitam. Peraturan itu asalnya cuma disyaratkan kepada kereta hitam import bermula 2015, tetapi kini bermula 1 Januari 2018, turut membabitkan semua kereta seluruh negara.


Lebih memilukan, Kerajaan di bawah dasar baharu Presiden Gurbanguly Berdimukhamedov bertindak radikal dengan menunda mana-mana kereta hitam ke balai polis. Jadi, jika pemilik mahu mendapatkan semula kenderaan, mereka diwajibkan menandatangani perjanjian menukar warna kereta daripada gelap kepada cerah.


Ketika ditanya alasan penguatkuasaan itu, pihak berkuasa Turkmenistan menjawab, warna putih bermaksud tuah. Putih juga dikatakan ialah warna kegemaran Gurbanguly yang khabarnya sangat mempercayai hal-hal mistik dan tahyul.


Peraturan aneh tersebut turut menyebabkan perkhidmatan mengecat kereta meningkat sekali ganda daripada AS$500 (RM1,985) kepada AS$1,000 (RM3,970).


Bagaimanakah pula cermin gelap atau tinted di Turkmenistan? Jangan harap, pun diharamkan di negara Asia Tengah itu sejak 2014. Kalau berani, tunggulah masa kereta ditunda ke balai polis. Syukurlah, tinted di Malaysia dapat dipasang semurah RM150. Siap boleh tanggal dan pasang sendiri lagi tu. Hebat!


Sumber - Pandulaju

No comments