Tidak Faham Maksud “Beli 3 Percuma 1”, Gadis Cantik Ini Maki-hamun Peniaga
Kini air bubble tea sering menjadi minuman kegemaran orang ramai terutamanya di kalangan anak muda. Jumlah kedai minuman air sebegini yang begitu banyak menyebabkan setiap jenis kedai melancarkan pelbagai promosi bagi menarik minat pembeli. Ada yang menawarkan “beli 1 percuma 1”, “beli 3 percuma 1”, mengumpul mata pembelian dan sebagainya.
Namun demikian, ternyata tidak semua pelanggan memahami maksud promosi terdapat.
Kisahnya bermula apabila sebuah kedai buble tea ini yang telah menawarkan promosi “Beli 3 Percuma 1”. Secara umumnya, kita pasti memahami bahawa promosi itu bermaksud setiap pembelian 3 cawan air minuman akan membolehkan anda mendapat satu gelas lagi air minuman secara percuma.
Malangnya seorang gadis yang ini tidak memahami promosi kedai ini. Gadis tersebut telah salah faham dengan menyangkakan beli 3 bermakna salah satu adalah percuma. Keadaan ini membuatkan gadis ini telah membeli 6 air minuman tetapi hanya membayar untuk 4 air minuman sahaja.
Sedangkan, gadis itu sepatutnya membayar untuk 6 cawan dan menerima 2 buble tea lagi secara percuma.
Pemilik kedai itu kemudian berkata kepada gadis itu:”
“Cik memesan 6 cawan air dan cik akan dapat 2 cawan lagi secara percuma. Cik ingin air apa untuk yang percuma”
Tetapi gadis itu tidak membalas pertanyaan pemilik kedai tersebut. Hal ini kerana dia mempunyai definisi sendiri tentang apa maksud “Buy 3 Free 1” itu.
“Promosi menunjukan kalau saya beli 6 cawan, maka saya akan mendapat 2 cawan percuma? Itu bermakna saya hanya perlu membayar 4 cawan kerana yang lain adalah percuma, bukankah ianya begitu?”
Penjaga toko itu menjawab,
“Tetapi jika cik hanya memesan 4 cawan, maka tidak boleh mengunakan promosi” Buy 6 Free 2 “.
“Mendengar jawapan peniaga itu telah membuatkan pembeli menjadi terkejut dan marah.Dia juga menuduh peniaga kedai buble teh itu telah menipu.
Kerana tidak seperti apa yang difikirkannya, menyebabkan pembeli itu telah beredar begitu sahaja.
Seperti kebanyakan orang tahu, “Beli 6 Percuma 2” bermakna pelanggan akan mendapat 2 minuman percuma tambahan jika mereka membeli 6 minuman.
Sebagai kesimpulan, pelanggan akan mendapat 8 cawan dengan hanya membayar 6 cawan sahaja. Itulah yang tidak difahami oleh gadis itu.
Nampaknya teori yang mengatakan “Pelanggan Sentiasa betul” tidak boleh selalu digunakan dalam perniagaan.
Sumber : Taikotai
Post a Comment