Pernah Gemuk, Wanita Hot Ini Bakal Membuatkan Mana-mana Ex-BF Wanita Gemuk Menyesal Serta-merta
Kita harus menerima hakikat bahawa bukan mudah untuk menurunkan berat badan. Bukan ianya disebabkan kita semua ini suka makan tapi kerana kebanyakan kita tidak mempunyai masa untuk bersenam.
Inilah sebabnya mengapa mustahil bagi kebanyakan kita untuk mencapai transformasi diimpikan. Hari ini, seorang wanita Korea yang berjaya menurunkan berat badan telah mengambil keputusan untuk memberi latihan dalam talian cara-cara untuk menurunkan berat badan.
Seorang wanita Korea Selatan yang bernama Eun Ju, menyatakan kesediaannya untuk membantu orang lain. Eun Ju yang merupakan seorang pengguna Instagram yang mempunyai 260,000 pengikut kerana perubahan bentuk badannya.
Transformasinya telah menjadi inspirasi kepada orang-orang yang ingin menurunkan berat badan di rumah. Transformasi badannya lengkap dengan otot dan rangka yang langsing.
Transformasi beliau dapat dilihat dalam foto-fotonya yang menjadi tular dalam talian. Foto-foto beliau telah memberi inspirasi kepada beribu-ribu orang dalam talian.
Eun Ju percaya bahawa orang memerlukan program senaman yang berbeza dan strategi pengambilan makanan untuk meningkatkan kecergasan. Sewajarnya, dia mengekalkan badannya dengan mengunakan latihan peribadi, dan dia telah bersedia berkongsi diet dan rutin latihannya dengan orang lain.
Latihan dalam talian beliau akan menawarkan latihan, kaunseling diet dan latihan penurunan berat badan bagi mereka yang hanya tinggal di rumah.
Beliau hanya meminta pemohon untuk memberitahu ketinggian, berat badan, protein, dan diet karbohidrat pemohon. Beliau akan memberi anda senarai makanan yang harus anda makan dan senaman terbaik yang sesuai dengan anda.
Pemohon-pemohonnya telah menghantar gambar-gambar transformasi mereka yang berlaku selepas beberapa hari mengikuti latihannya.
Adakah anda ingin cuba mengikut latihan dalam talian beliau? Sila kongsikan pandangan anda di dalam ini!
Sumber : Taikotai
Post a Comment