'Sebab Game Bodoh Tu Je Dia Tak Boleh Tengok (Jaga) Anak' - Isteri Bengang Suami Lebih Penting Game Mobile Legend Dari Anak Menangis


Masa awal perkahwinan dah berjanji susah senang bersama dan ini termasuklah bila dah ada anak di kemudian hari. Namun apabila tiba di hari tersebut, kebanyakan suami dengan selamba menyerahkan segala tugasan menguruskan rumah dan anak kepada isteri sahaja.


Apa peranan suami? Apa alasan suami? Alasannya cliche, penat bekerjalah, sibuklah, nak main gamelah, nak buat apa yang dia sukalah dan semuanya ikut kepalanya sendiri. Tidak pernah si suami fikir kepenatan isteri yang turut sama bekerja mencari rezeki untuk menyara keluarga. Apatah lagi nak ambil tahu apa yang isteri gemar lakukan.


Seperti yang berlaku pada pasangan ini, si suami terlalu taksub dengan game Mobile Legend sehingga membiarkan anak kecilnya menangis kuat. Sanggup tunggu isterinya yang kepenatan bangun dari tidur untuk memujuk si kecil itu.


ASSALAM min. Tolong siarkan screenshot sekali ya. Kisahnya malam tadi saya bengang sangat dengan suami saya. Lebih kurang jam 11 malam, anak saya yang sedang tidur, tiba-tiba menangis kuat, mimpi buruk agaknya.


Saya yang berada di sebelah tengah tidur, mamai-mamai menepuk-nepuk dan memujuk anak tetapi tak jalan juga. Sampai ligat anak saya menangis, baru saya tersedar dari mamai. (Penat sangat sebab jam 10 lebih baru lelap).


Suami saya di ruang tamu dengar anak saya menangis separuh mati tetapi dia buat bodoh saja. Sikit pun dia tak hairan sebab fokus sangat main permainan Mobile Legend jahanam itu.


Mahu tak bengang saya dibuatnya. Saya baru saja lelapkan mata, anak menangis dia tak nak tolong tengokkan. Akhirnya saya yang terpaksa dukung anak ke runag tamu.


"Abang tak dengar ke anak menangis?" kata saya pada suami.


"Sayang kan boleh handle," balasnya selamba.


Dalam hati saya dah membuak-buak rasa geram sangat. Disebabkan game itu, dia langsung tak boleh tolong tengokkan anak. Berhenti sekejap pun tak boleh. Tetapi bila bab suruh cari duit, pandai pula suruh isteri kerja sama-sama mencari duit. Bab penat menjaga anak tak sanggup pula.


Tak tahu ke isteri dari jam 4.30 pagi dah bangun, tak rehat. Jam 10.30 malam barulah nak lelapkan mata.


Fedup betul dengan suami begini yang asyik fikirkan dirinya sendiri saja sedap. Masa susah tak nak pula susah bersama-sama. Eloklah game itu saja yang kejutkan dia pagi-pagi, masakkan untuk dia, lahirkan anak dia dan buat semua kerja rumah.


Geramnya saya!


Entah jam berapalah dia tidur. Pagi tadi saya kejutkan dia untuk pergi kerja dan dia tak nak bangun pun, malah dia tak nak pergi kerja.


Lantaklah! Malas nak fikir. Saya bersiap-siap dan hantar anak ke rumah pengasuh dan terus pergi kerja. Saya dah fedup.



Sorry, nak luahkan perasaan saja. Saya kalau bengang dengan suami, dalam WhatsApp beranilah cakap begitu. Kalau depan-depan tak berani, ada kena penampar nanti.


Apa yang saya tak puas hati, saya luahkan saja di WhatsApp. Okaylah. Itu saja yang saya nak luahkan. Saya penat. Terima kasih admin.


Sumber -Kisah Rumah Tangga & The Reporter

No comments