‘Saya Tahu Kembar Saya Sedang Memerhatikan Saya’, Kisah Budak Lelaki 5 Tahun Ini Pasti Menyentuh Hati Anda

Apabila Brooke dan pasangannya menerima khabar gembira bahawa mereka bakal menimang anak kembar, mereka sudah tentunya sangat teruja.


Namun, kegembiraan mereka bertukar duka apabila mereka diberitahu salah satu daripada anak kembar mereka tidak dapat diselamatkan semasa Brooke hamil 24 minggu.


“Saya hanya mampu menangis,” ujar Brooke. Proses kehamilannya sangat sukar sehinggakan hanya seorang sahaja anak kembarnya yang mampu hidup.


Semasa membuat ujian ultrasound di Florence Alabama Clinic, Brooke telah diberitahu bahawa anak kembarnya yang masih berada di dalam kandungan meninggal dunia akibat Twin to Twin Transfusion Syndrome atau TTTC.


Sindrom yang agak luar biasa ini menyebabkan salah satu daripada anak kembar tidak dapat menerima pengaliran darah yang secukupnya.


Kebanyakan bayi kembar yang menghadapi sindrom ini tidak dapat diselamatkan.


Anak kembarnya yang dapat diselamatkan, Walker, dilahirkan bersama kembarnya yang sudah meninggal dunia, Willis, pada Mac 2007.


Menurut Brooke, kelahiran mereka disambut dengan rasa pahit manis. Brooke berasa bersyukur tetapi sedih pada masa yang sama.


Walker membesar dengan rasa satu ikatan dengan kembarnya itu, walaupun dia sudah tiada.


Pada tahun 2012, Walker duduk di sebelah tanah kubur kembarnya sambil bersembang tentang hari pertamanya di tadika. Dia juga suka menulis kepada kembarnya itu.


Brooke menerima keakraban antara dua anak kembarnya itu. Kata Walker, “saya tahu kembar saya sedang memerhatikan dan menjaga saya.”


Keluarga tersebut gemar melawat kubur Willis. Kesemua anak-anak Brooke dan pasangannya, Michael, akan turut sama melawat.


Setiap tahun, mereka membawa belon ke kubur Willis sempena sambutan hari lahir Walker dan Willis.


Brooke dan Michael kini mengumpul dana dengan menganjurkan kempen kesedaran tentang TTTC untuk menyelamatkan nyawa bayi yang terkesan dengan sindrom ini.


Setakat ini, mereka telah menganjurkan dua kempen mengumpul dana untuk badan amal TTTC.


Sumber - Era Baru

No comments