Gempa bumi Jepun dan aktiviti ‘Lingkaran Api Pasifik’ yang kini melanda seluruh dunia
Satu gegaran dengan kekuatan 6.2 skala Richter telah menggoncang Jepun pada Rabu, 24 Januari 2018.
Gempa berkenaan dikatakan melanda 103 km arah timur laut kepulauan Honshu pada kedalaman 64 km. Pusat gegaran ini juga berhampiran dengan kepulauan Hokkaido. Namun tiada sebarang berita mengenai kematian atau kerosakan akibat gegaran tersebut telah dilaporkan sehingga kini.
Baru-baru ini, berlaku gelombang dan aktiviti seismik di seluruh dunia dan kejadian ini digelar sebagai Lingkaran Api Pasifik.
Selasa lalu (23 Januari), gempa bumi dengan kekuatan 7.9 skala Richter telah dilaporkan berlaku di Teluk Alaska sekali gus membuatkan penduduknya terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih selamat untuk mengelakkan kejadian ombak besar.
Pada tarikh yang sama, Indonesia turut dilanda gempa bumi sebanyak dua kali dalam masa beberapa jam sahaja. Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sebaliknya hanya runtuhan bangunan dan beberapa orang pelajar mengalami kecederaan parah setelah bumbung sekolah runtuh.
Sementara itu di Filipina pula, letusan Gunung Berapi Mayon masih lagi berlanjutan sehingga kini dan kejadian ini memaksa lebih 56,000 penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lain yang selamat.
Di Jepun, gunung berapi Kusatsu-Shirane yang meletus pada Selasa lalu telah mengorbankan seorang mangsa dan mendatangkan kecederaan kepada sekurang-kurangnya 11 individu yang sedang meluncur salji di sebuah resort ski terkenal.
Sumber: Channel News Asia
Post a Comment