11 Hak Keistimewaan Yang Dinikmati Ratu Elizabeth II

Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary merupakan Ratu United Kingdom dan 15 negara komanwel seperti Kanada, Australia, New Zealand, Papua New Guinea, Jamaica dan sebagainya.


Sebagai ratu daripada salah satu kerajaan terbesar di dunia, Ratu Elizabeth II memiliki sejumlah kuasa dan hak-hak istimewa yang sangat unik!


#1 Ratu Elizabeth boleh menyambut 2 kali ulang tahun kelahiran

Hari ulang tahun kelahiran Ratu secara rasminya disambut pada hari Sabtu pada bulan Jun walaupun tarikh hari lahirnya yang sebenar adalah pada tanggal 21 April.


#2 Ratu Elizabeth memiliki mesin ATM peribadi

Mesin tersebut dipasang pada tingkat bawah tanah Istana Buckingham dan digunakan khas untuk kegunaan kerabat diraja tersebut. Mesin tersebut juga disediakan oleh Coutts iaitu salah satu bank yang eksklusif dan berprestij di Britain.


#3 Ratu Elizabeth tidak memerlukan lesen memandu

Ratu Elizabeth merupakan satu-satunya individu di United Kingdom yang tidak memerlukan lesen memandu yang sah dan juga nombor plat pada keretanya.


#4 Bukan sahaja itu, Ratu Elizabeth juga tidak memerlukan pasport

Walaupun tidak jelas tentang dokumen yang digunakan oleh Ratu Elizabeth ketika perjalanan ke luar negara, Ratu Elizabeth sememangnya tidak memerlukan pasport sebagai dokumen yang wajib dibawa ketika mengembara.


#5 Ratu Elizabeth memiliki kesemua 88 ekor burung swan di Sungai Thames

Menurut majalah TIME, Ratu Elizabeth pernah menuntut hak kepada 88 burung swan pada tahun 2005.


#6 Ratu Elizabeth juga memiliki kesemua ikan lumba-lumba dan ikan paus di perairan British

Ikan paus dan ikan lumba-lumba yang ditangkap dalam lingkungan 3 batu dalam kawasan pantai United Kingdom akan dituntut sebagai hak milik Ratu.


#7 Ratu Elizabeth tidak wajib membayar cukai

Walaupun tidak diwajibkan untuk membayar cukai, Ratu Elizabeth dengan sukarela telah membayar cukai pendapatan dan cukai pendapatan negara semenjak tahun 1992.


#8 Dikecualikan daripada permintaan Kebebasan Maklumat

Ratu Elizabeth dan seluruh kaum kerabatnya mendapat pengecualian daripada permintaan Kebebasan Maklumat.


#9 Ratu Elizabeth juga bebas daripada sebarang pendakwaan

Segala jenis dakwaan akan dihapuskan atas nama kedaulatan dan Ratu juga bebas daripada pendakwaan dan tidak boleh dipaksa untuk memberikan bukti di mahkamah. Hal ini kerana mengikut teori, kedaulatan merujuk kepada ‘ketidakupayaan untuk berfikir atau melakukan kesalahan’.


#10 Ratu Elizabeth mempunyai kuasa untuk menubuhkan kerajaan

Walaupun undian 2/3 diperlukan untuk membubarkan Parlimen United Kingdom sebelum tempoh lima tahun tamat, Ratu Elizabeth masih lagi memainkan peranannya selepas pilihanraya dengan meminta ahli Parlimen yang layak untuk menubuhkan kerajaan.


#11 Berkuasa untuk memecat seluruh kerajaan Australia

Selain menjadi ketua negara United Kingdom, Ratu Elizabeth juga merupakan ketua negara serta pemerintah Australia. Justeru, Ratu Elizabeth memiliki hak serta kuasa-kuasa tertentu ke atas kerajaan tersebut.


Misalnya pada tahun 1975, wakil Ratu di dalam Australia pada ketika itu iaitu Jeneral Gabenor Sir John Kerr, telah memecat Perdana Menteri Australia sebagai tindak balas kepada penutupan kerajaan.


Sumber - SAYS.com

No comments