10 Ciptaan Aneh Orang Jepun

Orang Jepun… mereka memikirkan hampir kesemua benda di dunia, bukan? Jika anda masih kurang percaya, cuba anda masuk ke kedai serbaneka mereka, anda pasti akan jumpa pelbagai benda dan alatan yang tidak pernah anda bayangkan.


Anda juga mesti tidak perasan akan barangan yang anda beli (mungkin sarung kaki kerusi meja dan sebagainya). Sukar untuk menolak daripada membelinya.


Orang Jepun lazimnya menggunakan benda yang praktikal di dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, mereka sering mereka cipta barangan aneh yang dapat memudahkan kehidupan mereka. Di sini ada beberapa contoh barangan yang direka oleh orang Jepun :


#1 Tali leher payung

Anda memakai sut yang lengkap tetapi hari hujan di luar? Jangan khuatir lagi kerana kini tali leher anda boleh menjadi payung!


#2 Tembikai berbentuk petak

Tembikai biasa yang bulat dikatakan amat sukar untuk dibungkus dan memakan ruang yang banyak. Justeru, inilah penyelesaiannya! Ia ditanam di dalam bekas yang berbentuk petak supaya ia akan membesar menjadi tembikai petak.


#3 Payung kalis hujan

Ini bukanlah payung biasa yang kita gunakan. Apabila hujan lebat, payung biasa tidak mampu mengekalkan kita kering namun payung ini yang dilengkapi dengan lapisan plastik sehingga ke bawah, ternyata mampu menghalang kita daripada basah.


#4 Keychain ‘bubble wrap’

Apabila kita menerima barangan yang rapuh dan mudah pecah, pasti akan ada balutan gelembung yang membungkus barangan tersebut. Mesti majoriti daripada kita suka memecahkan gelembung tersebut, bukan? Jadi, inilah solusinya, anda kini boleh melakukannya di mana-mana sahaja.


#5 Pakaian pembersih lantai

Ia khas untuk bayi yang rajin merangkak. Pakaian ini dicipta bukanlah untuk menggalakkan buruh kanak-kanak tetapi apa salahnya jika bayi sedang merangkak mampu membersihkan sekali lantai di rumah, bukan?


#6 Bekas simpanan pisang

Kini anda boleh membawa ke mana sahaja pisang anda.


#7 Pemarut mentega

Menunggu mentega yang keras untuk cair ternyata menguji kesabaran. Jadi, benda ini dicipta untuk mereka yang inginkan roti bakar mereka disiapkan dengan cepat!


#8 Corong ubat mata

Jangan bazirkan titisan ubat mata. Kini, anda boleh pastikan setiap titisan ubat mata anda jatuh ke tempat yang betul.


#9 Karaoke secara senyap

Alat ini khas untuk mereka yang suka menyanyi dan tidak mampu menerima kritikan orang lain.


#10 Kipas penyepit makanan

Ia berguna untuk penggemar mi. Mi yang panas kadang-kala mampu mengundang rasa tidak sabar, lebih-lebih lagi apabila kita sedang lapar. Justeru, benda ini sangat berguna kepada anda.


Setelah melihat kesepuluh hasil barangan yang dihasilkan oleh orang Jepun ini, mana satukah yang menjadi kegemaran anda?


Sumber - Era Baru

No comments