Oppo Kini Jenama Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Malaysia


Oppo hari ini telah mengadakan sebuah acara khas untuk melancarkan Oppo F5, dan bersempena dengannya mereka berkongsi sejumlah perkara menarik mengenai syarikat mereka.

Oppo mengatakan kini mereka merupakan jenama telefon pintar kedua terbesar di Malaysia, dan mempunyai pegangan pasaran sekitar 38.% untuk peranti berharga antara RM1500 ke RM2000.






Perkara ini tidak mustahil, kerana ramai yang telah mula memilih peranti berkenaan kerana ciri rakaman selfie, serta kamera yang agak baik pada penawaran harganya.
Oppo turut mengatakan yang mana kini peranti mereka mempunyai seramai 200 juta pengguna aktif seluruh dunia. - Amanz

No comments