PSG mara selepas membelasah kelab Belgium, Anderlecht 5-0 dengan bintang muda Perancis yang bermain di posisi pertahanan kiri, Layvin Kurzawa mencipta hatrik selain dua lagi gol disumbang Neymar dan Marco Verratti untuk membolehkan pasukan itu berpeluang cerah muncul juara kumpulan dengan berbaki dua perlawanan lagi.
Bayern pula mara selepas menewaskan kelab Scotland, Celtic 2-1 di tempat lawan - terima kasih kepada jaringan awal Kingsley Coman dan jaringan berani Javi Martinez sehingga terpaksa berdarah di kepala untuk mencipta kemenangan itu. - AFP