Mile Svilar secara tidak sengaja tertampan bola ke gawang sendiri apabila sepakan Nemanja Matic yang terkena tiang melantun ke arah tangannya sebelum bola menggegar jaring. Daley Blind kemudiannya menambah satu lagi jaringan menerusi sepakan penalti.
Kemenangan itu bagaimanapun belum mengesahkan kedudukan United untuk layak ke pusingan kedua kalah mati selepas satu lagi aksi dalam kumpulan sama menyaksikan CSKA Moscow menewaskan Basel. United hanya perlu satu mata daripada baki dua perlawanan untuk mara. - AFP