(Video) 'Buat kerja tak ikut S.O.P' - Dua buah kereta kemalangan angkara kontraktor tidak bertanggungjawab


Kerja-kerja penurapan jalan seringkali dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya dapat menggunakan jalan raya dengan selamat. Bagi memastikan kerja-kerja penurapan ini berjalan dengan lancar, pihak kontraktor kebiasaannya akan meletakkan papan tanda sebagai amaran kepada pengguna jalan raya.


Tetapi, kejadian sebaliknya berlaku di Jalan Mersing-Nitar di mana berlakunya dua kemalangan dan video rakaman menunjukkan salah sebuah kereta berwarna hitam juga terbabas ke bahu jalan selepas hilang kawalan ketika melalui jalan berbatu itu.



Sabri Azimi yang memuat naik video dan gambar kejadian itu di Facebooknya mendakwa papan tanda diletakkan pada jarak kurang 30 meter dari tapak projek berkenaan. Kawasan tersebut juga hanya diletakkan dua biji lampu basikal. Situasi ini telah mengundang padah kepada pengguna jalan raya berkenaan.


"Inilah akibatnya jika buat kerja tak ikut S.O.P. Untung ratus ribu tapi cuma pakai dua biji lampu basikal sebagai tanda amaran. Seronok ye kira duit untung sampai tak boleh nak pikir keselamatan orang awam?


"Signbord dipasang pada jarak tak sampai 30 meter jarak dari tapak projek dengan hanya berbekalkan dua biji lampu basikal?" soalnya.



Dua kemalangan telah berlaku di lokasi yang sama. Menurut Sabri Azimi melalui statusnya di Facebook, kemalangan pertama berlaku pada pukul empat pagi dan kemalangan kedua berlaku pada jam 7.15 pagi. Dia turut mengatakan sebiji motor juga nyaris digilis oleh sebuah treller.


"Dua kemalangan di lokasi yang sama. Kemalangan pertama pada jam 4.30 pagi dan kemalangan kedua (video pertama) berlaku pada jam 7.15 pagi.


"Kerja-kerja penurapan jalan raya ini bukan sahaja melibatkan kemalangan, malah sebuah motor nyaris digilis dengan sebuah treller," katanya lagi.



Menurut Sabri, mereka cuba berbincang dengan kontraktor yang bertanggungjawab Malangnya kontraktor terbabit memberikan pelbagai alasan dan tidak kisah kalau disaman.


"Gambar lelaki berseluar pendek tu adalah kontraktor tu. Call dan nak bincang untuk settle, tapi bila dia datang boleh pula keluar macam-macam alasan. Dia siap cakap tak kisah kalau nak saman. Besar kepala sangat tak nak mengaku kesalahan," katanya.


Sumber - The Reporter

No comments