'Sanggup mereka hina bayi tiada salah dan dosa' - Nora menangis seharian baca komen anaknya dihina netizen


Ibu mana yang tidak sedih apabila anaknya dihina dan dikutuk orang. Baru-baru ini, seorang netizen yang tidak bertanggungjawab memuat naik komen berbaur hinaan terhadap bayi lelaki pasangan Nora Danish dan Nedim, Mohammad Neqyl Nedim atau Ney Ney.


"Sepatutnya baby semua comel-comel. Tapi kenapa anak Nora dan Nedim tak comel? Hidung kembang kempis.. tak comel langsung.." kata individu terbabit.


Berkata kepada Harian Metro, Nora mengakui dia menangis seharian apabila membaca komen berbaur hinaan terhadap Ney Ney yang baru berusia dua bulan. Nora berkata, sebelum ini dia bersimpati membaca dengan nasib selebriti yang lain apabila ada netizen yang tergamak mengutuk anak mereka dan membuatkan hatinya berbisik mengapa ada manusia yang tergamak berbuat demikian.


"Bagaimanapun, apabila perkara itu berlaku kepada anak saya sendiri, saya sedih dan kecewa. Sanggup mereka menghina bayi tiada salah dan dosa. Bukankah setiap kejadian Allah SWT itu sangat sempurna," katanya.


Meskipun suaminya cuba memujuk agar tidak terlalu memikirkan komen-komen berbaur hinaan itu, namun Nora tetap tidak dapat menahan perasaan sedih dan hiba.


"Selepas mengalaminya, saya berasakan sudah tiba masanya sikap membuli di ruang siber dihentikan. Saya menyokong kempen hentikan buli siber sedang dilakukan teman-teman selebriti," katanya.


My darling 💜 #cintahatineno #mohamedneqaylnedim™️

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

I’m in love 😍 #mohamedneqaylnedim™️ #buahhatimommy💜 #cintahatineno

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on


Nora mengambil maklum isu itu turut disiarkan di beberapa laman hiburan, namun keadaan menjadi semakin buruk apabila ada segelintir netizen turut bersama mengutuk dan menghina, walaupun niat pengendali laman berkenaan baik dan menegur sikap segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab.


"Saya tahu niat mereka baik dengan menegur sikap buruk beberapa netizen yang mengutuk dan menghina. Bagaimanapun ia tidak memberi apa-apa kesan sebaliknya perkara itu menjadi bertambah buruk apabila lebih ramai lagi melakukan perkara sama," katanya.


Sumber - The Reporter

No comments