'Hampir 2 tahun bergelar pesakit kanser, namun ia bukan bukan penghalang untuk berniaga'


Hampir dua tahun aku bergelar pesakit kanser limfoma. Alhamdulillah, semua rawatan telahpun aku lalui dengan sempurna.


Selepas menjalani beberapa sesi kimoterapi, apabila doctor mengesahkan aku berada dalam keadaan ‘remission’ (senang paham, sel kenser dah mati) aku perlu menjalani Transplan Stemcel.


Berdasarkan yang aku paham, Transplan Stemcell ini adalah infusi sel stem yang sihat ke dalam badan untuk mengantikan sel stem yang dah rosak atau berpenyakit.


Rawatan transplan stemcell tu dijalankan pada Julai 2017. Selama 24 hari aku berada di dalam bilik khas. Orang lain tak boleh masuk, cuma doktor dan nurse sahaja.



Setelah selesai rawatan tersebut, doktor memberi cuti sakit yang panjang untuk aku berehat di rumah.


Dua bulan berehat di rumah tanpa melakukan aktiviti yang berat, aku dah mula bosan. Husband mencadangkan aku buat online selling, sekurang-kurangnya ada juga aktiviti aku.


Aku mula survey, apa yang senang untuk jual. Akhirnya, aku dapat juga satu produk untuk aku jual. Bukan produk kesihatan ye. Hehe. Aku jual produk wangian. Bermula dengan 15 botol losyen aku jual, tak sangka selama lima bulan aku dah jual hampir 5,000 botol losyen.



Dari aku berehat, aku penuhi masa dengan berniaga online kecil-kecilan. Lupa sekejap yang aku ni sakit. Hehe. Jadikan itu satu aktiviti supaya kita terus aktif.


Coretan secawan kopi,

Waida - Kanser survivor.


Sumber - Puan Nurul Wahida Abdul Wahab & The Reporter

No comments