5 Peraturan Ketat Yang Wajib Dipatuhi Oleh Isteri Kim Jong-un

Selain dikenali sebagai sebuah negara yang paling bermisteri di dunia, Korea Utara turut dikenali sebagai salah sebuah negara yang memiliki paling banyak peraturan yang wajib dipatuhi oleh setiap penduduknya.


Meskipun bergelar isteri seorang pemimpin tertinggi di negara komunis itu, Ri Sol-ju yang berkahwin dengan Kim Jong-un turut tidak dikecualikan daripada terikat dengan undang-undang pelik di negara itu.


Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan, terdapat 5 peraturan yang wajib dipatuhi oleh First Lady di Korea Utara itu:


Wajib menggunakan nama baru.

Bagi wanita yang bukan beragama Islam, nama belakang mereka akan diubah dan digantikan dengan nama belakang suami mereka setelah mereka mendirikan rumahtangga.


Tetapi bagi Ri Sol-ju, beliau tidak menggunakan nama belakang suaminya itu, sebaliknya beliau menggunakan nama baru yang diberikan kepadanya oleh pemimpin tertinggi di negara itu.


Selain daripada itu, sebahagian besar daripada kisah silamnya turut disembunyikan daripada pengetahuan umum.


Dipaksa menyembunyikan kehamilan daripada orang ramai.

Semenjak berkahwin dengan Kim Jong-un, kebebesan Ri Sol-ju dikatakan telah disekat dan dikatakan pernah menghilang sementara, tanpa sebarang khabar berita.


Menurut sumber, kehilangan Ri Sol-ju itu bukanlah berunsurkan keselamatan ataupun berbaur politik, sebaliknya ianya bertujuan untuk menyembunyikan kelahiran Ri-Sol-ul daripada pengetahuan umum.


Dipaksa terus hamil sehinggalah melahirkan anak lelaki.

Bergelar isteri kepada pemimpin gila kepada Kim Jong-un bukannya mudah. Selain perlu taat kepada segala protokol gila yang ditetapkan oleh suaminya itu, Ri Sol-ju juga wajib melahirkan anak lelaki bagi menjadi waris kepada takha yang telah diasaskan oleh datuk kepada suaminya itu.


Berkahwin pada tahun 2009, pasangan ini telah mengumumkan kelahiran cahaya mata pertama mereka kepada penduduk Korea Utara. Walau bagaimanapun, pasangan itu tidak pernah mendedahkan jantina anak mereka.


Beberapa buah rumor memberitahu yang pasangan itu telah memiliki dua orang cahaya mata namun ianya tidak didedahkan kepada orang ramai. Selain itu, khabar angin turut memberitahu yang setakat in, Kim Jong-un masih belum memiliki anak lelaki.


Tinggal berasingan dan tidak boleh dilihat bersama di hadapan khalayak ramai.

Sudah menjadi suatu kewajipan penduduk di Korea Utara untuk menyanjungi Kim Jong-un. Di mana, mereka akan dicuci otak mereka sejak kecil lagi supaya ‘menyembah’ dan taat setia kepada pemimpin tertinggi mereka ini.


Namun, berbeza dengan isterinya di mana beliau hidup di dalam pengasingan dan disembunyikan daripada pandangan ramai dan hanya muncul di khalayak ramai dalam upacara rasmi untuk beberapa kali sahaja sejak bergelar isteri kepada Kim Jong-un.


Kim Jong-up mengawal gaya dan fesyen isterinya.

Seperti wanita-wanita di Korea Utara yang lainnya, Ri Sol-ju tidak terkecuali dan diwajibkan untuk mematuhi peraturan fesyen dan gaya rambut yang telah ditetapkan oleh suaminya itu.


Sumber - Taiko Fun

No comments