'Yang Datang Semuanya Ada Masalah Jerawat Dan Salah Guna Produk'


Sama ada lelaki atau perempuan, kedua-duanya perlu menjaga kesihatan kulit muka. Namun sebaik-baiknya gunakanlah produk yang disahkan selamat oleh dermatologi bagi mengelakkan kulit muka bertambah teruk. Selain itu, ada beberapa perkara yang anda perlu amalkan setiap hari/minggu agar tips yang dikongsikan wanita ini benar-benar berkesan. Semoga bermanfaat!


OKAY guys. Since aku kerja Skin Valet Bangi ini kan, banyak jugalah benda yang aku baru tahu tentang kulit muka kita ini.


1. MAKE-UP REMOVER

Tak kisahlah pakai make-up ke tak, lelaki atau perempuan, kena pakai dulu sebelum cuci muka. Sebab apa? Nak menghilangkan kotoran degil yang melekat di muka. Lebih elok cari yang ada micelles sebab dia seperti magnet, so tak perlu tenyeh muka kuat-kuat.


2. CLEANSER

Lebih baik guna ikut jenis muka. Guna yang all skin types pun okay. Paling selamat, guna yang dermatologist tested. Banyak je yang murah-murah. Kenapa? Salah cleanser, muka jadi rosak. Bila nak guna? Subuh, Zohor dan sebelum maghrib. Yang penting, elok produk tempatan.


3. TONER

Fungsi dia refresh dan melembutkan kulit serta boleh minimize pores terutamanya di bahagian hidung dan pipi. Tetapi tak semua orang rajin nak pakai kan? (Termasuklah saya). Tapi boleh saja guna ais.


4. SERUM

Serum ini bergantung kepada serum apa yang korang beli. Ada yang untuk brightening, vitamin c, uneven skin tone or untuk acne. It acts as a booster saja. Boleh pakai kalau rasa ada masalah kulit. Kalau tak nak pun tak ada masalah.


5. SUNSCREEN/SUNBLOCK

Wajib! Setiap hari saya jumpa orang, ramai sangat yang menyangka dia kena pakai sewaktu buat aktiviti di luar saja. Tidak! Lelaki atau perempuan ke, kena pakai setiap hari dan kena topup (contoh SPF 15 means it only works for 150 minutes).


And sunscreen/sunblock ini banyak je yang tak berminyak, jangan nak buat alasan sangat tak pakai sebab melekitlah, apalah. Cari yang gel atau water based untuk elakkan jerawat. Memang mahal sikit tetapi bukan nak kena tepek satu inci pun. Kena pakai walaupun duduk dalam rumah dan hari mendung, hujan, ribut petir, salji.


6. MOISTURISER

Yang ini kena juga lebih-lebih lagi kulit yang jenis kering. Tetapi sebenarnya semua orang kena pakai sebab kulit kalau tak cukup moist, nanti banyak kedutan. Kalau korang pandai cari, ada je moisturiser yang datang sekali dengan sunscreen/sunblock. Jadi tak perlu beli banyak-banyak.


Ha, dah cukup keenam-enam yang di atas, dah bolehlah pakai make-up. Perlu ke bedak, foundation, BB cream, CC cream, concealer dan segala? Tak payah. Pores tersumbat woi, kesianlah dia. Lagi banyak flaws korang conceal, lagi banyak bencana datang. Tak percaya? Cubalah.


7. FOUNDATION

Make-up sajalah tetapi skip yang part foundation/bedak/cream/concealer itu. Korang nak apa? Nampak putih? Tak perlulah. Filter sekarang dah banyak kan, guna sajalah atau naikkan sikit brightness itu. Edit saja, apa ada hal. Unless korang memang nak ada biji-biji di muka, tak ada hallah.


8. SCRUB

Untuk buat dead skin/kulit kering/bekas jerawat yang macam terkopek-kopek itu. Bila nak scrub? Depends scrub apa yang korang beli. Ada yang setiap hari. Kalau jenis yang sekali seminggu itu, korang pakai selalu nanti kulit jadi nipis. Nak selamat, guna brown sugar/coffee saja, simple.


Tapi kalau kulit jenis yang ada jerawat, tak perlulah pakai scrub sebab adakalanya biji-biji scrub itu boleh tersumbang dalam pores dan boleh menyebabkan jerawat tumbuh dengan lebih banyak.


9. MASK

Boleh pakai sekali dalam tiga hari untuk improve skin condition. Boleh Google pakai ikut masalah kulit korang dan yang penting cari yang natural dan organic. No parabens dan jangan lupa pakai semasa kemas rumah/bilik untuk mengelakkan habuk melekat di muka.


STEAM MUKA

Okay this one penting, lagi-lagi kalau korang ada biji-biji di dahi/hidung/dagu. It can open up your pores. Didihkan air letak dalam mangkuk dan tekap muka sebelum cleansing for 10 minutes. Hari-hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau toilet korang ada heater lagi bagus.


Haha guys, dah ramai yang bertanya macam mana nak tutup pores? Pores cannot be tutup guys. Kita boleh minimize saja pores itu. Cara nak minimize, toner atau ais. Tetapi kalau nak cepat, boleh datang skin valet buat carbon peel.


10. JERAWAT

Jerawat ini boleh berlaku bila minyak+kotoran+bakteria tersumbat dalam pores. Kalau tiada bakteria, dia jadi whitehead. Kalau ada bulu, dia jadi blackhead. Sebab itu kena bersihkan muka betul-betul and regulary.


Kalau dah cuci betul-betul tetapi jerawat ada juga? Usually dia bagi petanda rasa sakit dulu sebelum nak timbul kan. Okey, masa ini letak anti bakteria gel/acne gel (adapalene usually works, kat farmasi ada) banyak kali. Elakkan meraba/pegang dia sebab you only make it worse.


Because you spreading more bakteria padanya. Itu yang sampai bernanah. Letak plaster lagi bagus, jadi tak adalah terdedah pada kotoran atau asyik nak pegang-pegang saja.


Acne patches pun bagus sebab dia boleh absorb minyak dan kotoran atau kalau emergency sangat pada masa itu dan korang tak ada ubat/acne patch, boleh saja letak ubat gigi atau listerine atau apa-apa yang ada antibakteria. Yang paling penting kena bertindak cepat.


Apa nak buat kalau jerawat dah bernanah, ada yellowish itu? It means korang dah terlambat dan bakteria sudah merebak. Jangan tekan, cucuk atau korek! Lagi-lagi yang suka sangat guna kuku atau besi itu. Kenapa kejam sangat? Letak saja ubat dan biarkan.


Kebanyakan pelanggan yang datang ke Skin Valet Bangi ada masalah jerawat dan semua sebab salah guna produk dan sampai kitorang doctors and therapist boleh hafal dah nama produk yang menyebabkan muka jadi teruk. Kalau nak tahu produk itu elok ke tidak, berhenti menggunakannya selama sebulan dan kalau breakout, itulah dia.


Mostly memang produk tempatan. Kenapa? Sebab orang di Malaysia pada masa sekarang ini sibuk nak jadi putih, bukannya nak pentingkan kulit sihat. Asal putih saja cantik, asal cantik saja putih. You guys kena sedar produk tempatan seperti ini semuanya menghakis kulit.


Mungkin korang tak nampak lagi kesan dan akibatnya sekarang tetapi percayalah satu hari nanti produk itu akan memberi kesan pada kulit korang juga. Apa-apa pun produk yang korang pilih, pastikan telah diuji oleh pihak dermatology atau clinically proven.


Tiada jalan pintas untuk dapatkan kulit sihat. Effort itu penting, memang kena extra rajin. Kalau malas juga, boleh datang buat treatment setiap dua minggu, kitorang akan tolong bersihkan muka korang sampai korang puas hati.


Original proce RM200-RM390 per treatment. Tetapi untuk korang banyak saja promo. Ada yang RM99 per treatment. Apa-apa pun boleh cuba dan jangan takut.


Perlu atau tidak pergi buat treatment? Perlu sekurang-kurangnya sebulan sekali sebab adakalanya kita tidak tahu masalah di sebalik kulit muka kita. Di Skin Valet boleh scan sampai lapisan kulit yang ketiga dan boleh bersihkan kotoran yang tersumbat berbulan-bulan lamanya.


Detox. Kena detox perut juga sebab kalau perut tak bersih, jerawat naik (aloevera juice yang pure 100% yang saya tahu buat masa ini brand Forever Living, datang dengan tiga perisa iaitu original, berries dan peach. Peach paling sedap kalau korang nak tahu).


11. CADAR, SARUNG BANTAL DAN SELIMUT

Kena basuh dan tukar setiap minggu. Kenapa? Sebab habuk virus bakteria fungi air liur basi korang melekat di situ dan korang kena spend masa berjam-jam di situ. Itu yang macam-macam naik di muka. Kalau ada teddy, dia pun kena mandi.


12. TISU

Lagi-lagi kalau kulit korang jenis oily tahap gaban atau kuat peluh. Rajin-rajinlah lap muka terutamanya di bahagian hidung, dahi dan dagu. Jangan lap tangan ke, baju ke apa. Ingat satu benda saja, "malas guna tisu, muka banyak isu".


13. TUALA

Tuala mandi itu jangan buat lap muka. Korang dah campak di mana-mana entah, pergi lap muka. Kemudian salahkan stress pula, mana aci. Tak perlu lap, biarkan saja dia kering sendiri.


Sumber - Msyamsrhs & The Reporter

No comments