(Video) 'Kau Rakam Nak Tunjuk Kau Betul? Selfishlah Lu' - Netizen
Viral rakaman video dua jiran bertelagah kerana bau masakan dari rumah individu yang merakam video tersebut kerap masuk ke dalam rumah jirannya sehingga berlaku pencemaran udara.
Video yang dimuat naik laman Rizal Hakimm tanpa menyatakan sumber itu menunjukkan, jiran kepada perakam meluahkan rasa kurang senangnya dengan insiden itu sehingga dia terpaksa menyembur 'Baygon' (racun lipas).
Difahamkan, keluarga si perakam memasak di luar rumah setiap hari di ruang terbuka di belakang rumahnya dan jiran di sebelah kiri pula tidak senang dengan apa yang berlaku.
"Kau masak, bau masuk ke dalam rumah aku," kata jiran terbabit.
"Ye, ini masakan, bau masakan. 'Benda' angin kan" jelas si perakam.
Bukan sahaja menegur, malah jiran berkenaan turut menasihatkan agar perakam memasang kain kanvas di ruang tersebut agar pencemaran bau itu dapat dihentikan.
Si perakam menjelaskan mereka juga telah memasang kipas agar bau masakan itu ditiup jauh dan tidak menganggu jiran-jiran yang lain.
Bagaimanapun, si jiran berkata bau masakan itu tetap masuk ke dalam rumah sehingga satu kediamannya dicemari bau masakan si perakam.
"Abang hisap rokok pun dah busuk bang. Bau makanan tak ada apa, tak sakit pun. Abang hisap rokok itu pun dah sakit dah. " kata si perakam.
Seketika kemudian, tampil ahli keluarga si perakam memberi salam kepada jiran berkenaan dan menjelaskan bahawa dia masak hanya tiga jam sehari, bukannya 24 jam.
"Saya masak tiga jam sahaja, saya bukan masak 24 jam. Lagipun ini tempat saya," katanya yang juga meminta lelaki itu bertimbang rasa dan menutup tingkap dan pintu rumahnya seketika. Sementara itu di media sosial, ramai netizen memberikan pandangan masing-masing berhubung kejadian tersebut.
"Yang pergi masak di luar itu kenapa? Memanglah masuk rumah orang. Bukan setakat bau sekali, minyak-minyak asap kau tumis itu masuk tau. Kalai begini rambut yang baru dicuci dengan syampu pun boleh bau.
"Lain kali bila dah masak, hulurlah sikit. Dok buang pahala macam itu saja buat apa? Nak masak kat luar, balik kampung rumah tengah bendang itu. Halaman pun luas. Masak puas-puas sampai buncit perut kau makan seorang. Jiran dah menegur, kau pula rekod kononnya kau betul," kata Noorli Mokhtar.
Bagi Noor Faizah, dia juga akan berasa kurang senang jika perkara yang sama berlaku pada dirinya.
"Sekali dua bolehlah. Kalau dah hari-hari berangin juga. Ada ke suruh tutup tingkap pintu semua bila dia tengah masak? Hidup berjiran memanglah kena bertolak ansur tetapi asyik kita saja yang kena beralah pun susah. Asap makanan masuk bau melekat pada baju yang dijemur oleh jiran sebelah. Kalau waktu raya, kita boleh bertimbang rasa lagi," katanya.
"Kalau dengar dari dialog lelak terbabit, si jiran ini memasak tiga jam setiap hari. Mungkin bau masakan itu kuat dengan angin di luar meniup bau masakan sampai masuk ke dalam rumah. Jadi satu rumah bau tumisan.
"Aku masak telur pun rimas beb satu rumah bau telur goreng. Aku faham kenapa dia tegur. Kalau sesekali okaylah. Ini masak setiap hari, mana tak marah dan rasa nak tegur kau, betul tak?
"Kenapa tak masak di dalam rumah sendiri saja? Takut rumah sendiri berbau tumisan ke? Padahal boleh masak di dalam kan? Tahu pula kau kan? Kemudian kau nak rakam nak tunjuk yang kau betul ke? Selfish la lu," kata Azwan Yusuf.
Rata-rata netizen tidak setuju dengan tindakan si perakam yang dilihat tidak sedar dengan kesalahan mereka sendiri dan cubaan untuk mengaibkan jiran yang menegur mereka.
Sumber - The Reporter
Post a Comment