(Video) Daging Sushi Yang Hidup Dan Masih Bergerak-gerak Ketika Dimakan Jadi Kegilaan Terbaru Di Jepun

Kebiasaannya, daging yang digunakan untuk hidangan sushi sudah tentunya diambil daripada haiwan yang sudah pun mati. Namun di Jepun, sebuah restoran sushi yang dikenali sebagai Sushiro telah membuatkan hidangan yang dijual di restorannya berbeza daripada tempat lain.


Seorang pengguna Twitter baru-baru ini telah berkunjung ke sebuah cawangan restoran itu di Jepun dan memesan sepiring sushi hokkigai untuk dimakan.


Namun setibanya hidangan yang dipesan olehnya, beliau mendapati daging yang diletakkan di atas sushi tersebut bergerak-gerak seseolah masih hidup.


mengerikan apabila daging itu memberikan tindakbalas apabila dicuit menggunakan penyepit dengan mengangkat sebahagian daripada ‘tubuhnya’.


Pengguna Twitter yang terkejut itu sempat merakamkan keseluruhan kejadian itu dan telah memuatnaik rakaman tersebut di laman Twitter beliau.


Walau bagaimanapun, pergerakan pada daging tersebut bukanlah petanda bahawa haiwan itu masih hidup, sebaliknya itu merupakan reaksi daripada saraf otot yang masih aktif kerana daging itu tidak dimasak dengan sempurna.


Sumber : Taikotai.tv


No comments