Tupai putih ditemui di belakang rumah

LONDON – Seorang jurugambar berjaya merakam kelibat seekor tupai albino bermain di laman kediamannya di North Dulwich di sini baru-baru ini.


Bapa kepada dua anak itu, Simon Pimblett, 53, menyedari haiwan berbadan putih itu gemar memakan makanan yang diletakkan dalam bekas makanan burung. Dia menunggu selama dua minggu untuk merakamkan gambar tupai albino itu menggunakan kamera jenis Nikon D3 selepas percubaan pertama gagal.


“Pada pagi Sabtu lalu, saya menempatkan set kamera di ruang dapur dan tupai albino itu muncul di laman. Haiwan itu menghabiskan masa antara 15 hingga 20 minit untuk mencari makanan,” katanya.


Pimblett menyatakan penemuan itu adalah kali pertama berlaku selepas lebih 20 tahun keluarganya menetap di situ. – Agensi


No comments