Takut beg hilang, wanita masuk mesin pengimbas

GUANGDONG - CHINA . Seorang wanita sanggup merangkak melalui mesin pengimbas x-ray di sebuah stesen kereta api. kerana khuatir beg tangannya hilang.


Laporan Dailymail mengatakan wanita itu melanggar arahan kakitangan stesen dan terus merangkak memasuki mesin tersebut.


Anggota pemeriksa yang sedang memantau mesin tersebut terkejut smelihat imbasan manusia pada skrin mesin berkenaan.


Kejadian berlaku 11 Februari lalu, ketika majoriti rakyat China berebut-rebut untuk pulang ke kampung sempena Tahun Baharu Cina, 16 Februari ini.


Sumber : Kosmo


No comments